Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Leftenan Muda & His Lighter

Posted by ELFarahin | On March 28, 2018 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Image result for anime nervous funny gif
Hey, peeps! Dah lunch, belum?
Farahin belum lunch. Saje lepak lama sikit kat dalam lab komputer ni.
Layankan macintosh skrin beso ni. Haha

Hmm. Post kali ni Farahin nak sembang pasal jurulatih
yang bertugas untuk melatih pasukan siswa apm kat universiti ni.
Gelaran pangkat paling tepat ialah Leftenan Muda.
Nama tak payahlah mention k. Hihi
Cerita ni cerita lama. Saje nak kasi throwback. Hahahaha

Last Wednesday, semua dah diingatkan untuk kilatkan kasut.
Sebab Wednesday before ramai tak kilat kasut.
Termasuklah Farahin. Hehehehe
Dapatlah habuan turun pumping 10 kali.
Sepuluh jep. Eceh. Haha

Jadi, last Wednesday memang dah pakat2 lah semua kiwi kasut.
Tapi once berbaris petang tu, masih ramai lagi yang turun 10.
Tiba turn Farahin, tiba-tiba ada nampak lighter dekat tangan Ltm ni.
Ah, sudah! Tak pernah2 dia bawa lighter. Farahin dah cuak.

Ltm minta Farahin cabut tanda nama belah kiri uniform.
Dia nyalakan ligther. Dammit! Ltm nak kasi bakar ke ni?!
Apa salah aku weh?? Mahal kot tanda nama tu.
Memang dah peluh sejuk masa tu.
Rupa-rupanya dia bakar lebihan benang
yang berambu dekat tepi tanda nama tu. Fuhh

But still, Farahin kena turun 10 lagi sebab kasut
tak sama kilat dengan kasut dia.
Masa Ltm tunjuk kasut dia dan tanya "sama tak?"
Peh! Berpinar mata ni. Kilat giler gempaklah kasut dia.
Tak cukup dia yang charming, kasut pun shining. Ops! Hehe

Apapun, memang triggered habis
bila nampak Ltm pegang lighter hari tu.
Sejak bila pula dia jadi psiko kan?
Kuat, tak kuat, memang masa tu tetap cuba tabah.
Hahahaha. Duhai, Ltm..



If you take it to your heart, you may grow hate.
If you take it to your mind, you may be grow faith.




READ MORE

Siblings

Posted by ELFarahin | On March 22, 2018 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Related image
Hello, peeps! It's a late night post.
Farahin nak celoteh panjanggg ni. Hehe
Bagi tabah mata okey. Takut2 tercium skrin. Hahahaha

GENTLE REMINDER #1 : I am a person with great empahthy

Tajuk malam ni Siblings. Tahu kan siblings tu apa? Tahu adik-beradik? Sinonim juga dengan saudara. Farahin anak tunggal. Obviously, I have no siblings. Farahin tak tahu apa rasanya ada abang kakak yang gap umur jauh2 and also adik2 kecik padahal umur sendiri dah kira tua bangka. Tapi mungkin Farahin dapat rasa sikit apa itu persaudaraan melalui sebuah lagi hubungan yang namanya persahabatan. Mungkin tak sama dengan makna siblings yang hari ni hujan panas ribut taufan but then tetiba esok pelangi indah awan tebal berkepuk. Faham ke apa yang Farahin maksudkan tu? Haha

Jadi Farahin nak imbau semula kenangan zaman sekolah menengah tudung labuh, baju kurung kembang, kasut jenama Jazz. Haha. Ada beberapa hari tu, unit uniform puteri islam buat kem motivasi gitu. One of the obvious thing I remember about it is bila we're all girls kena ajak redah lumpur bakau. Maka tergedik-gediklah girls tu semua konon geli dan sebagainya. I don't really adore that feminism. Haha

All the way kitowg redah paya bakau tu, there were times I held to someones' hands. Maksud Farahin macam reflex. Berdezup dekat kepala ni terfikir "maybe she needs help." so I offered my hand. However, there were also times were I felt very cold. Bukan sebab paya bakau yang mendung. Tapi sebab some girls' backs yang buat Farahin rasa sangat tertinggal. Ada masa2 Farahin seorang panik sendiri bila kaki susah nak gerak dan macam tenggelam perlahan2 but no one around me.

GENTLE REMINDER #2 : I hate the fact that everyone compete for nonsense

Up sikit dari hierarki memori Farahin, sekarang Farahin nak imbau pula zaman matrikulasi. Waktu2 minggu orientasi. Kitowg ada aktiviti mendaki. Not really a gunung, just a bukit of ladang kelapa sawit. Haha. Kitowg dibahagikan ikut praktikum. Praktikum ni kira kelaslah kalau di matrikulasi tu. Awal2 tu macak excited, macam seronok, until perlahan2 Farahin tertinggal di belakang.

I remember there was a time seorang kawan ni kaki cramped. Farahin join the group pakat nak temankan dia. And finally, everyone stopped for awhile. It was very sweet. But then, bila matahari semakin tinggi and for sure semua orang exhausted, and also there was me being left at behind sementara diowg semakin jauh, Farahin rasa macam nak menangis. Satu soalan yang asyik berulang di fikiran Farahin pada masa tu, "kenapa aku selalu kena tinggal??"

Farahin jalan dengan kaki yang dah rasa panas2 macam melecit sambil muka tunduk ke bawah holding my tears and suddenly, these two indian classmates asked me "okey tak?" Farahin angkat muka dan cuma angguk. Diowg jalan dekat belakang Farahin. I felt safe for awhile but then the pressure got harder. Dalam ramai2 diowg, yang dua je sanggup jalan slow dengan Farahin and Farahin rasa macam melambatkan perjalanan diowg berdua tu.

GENTLE REMINDER #3 : I learned things in a hard way but I also soft hearted

Okey. Farahin nak up kuasa dua, it is today. Di mana Farahin sedang bergelar mahasiswa sekarang. Last week, like usual setiap petang rabu unit uniform yang Farahin join ada aktiviti dan latihan. Tapi my roommates yang also the members tak join since diowg ada plan masing2. Jadi Farahin pergi seorang macam jadi wakil bilik. Haha.

Dari jam 5 petang hingga jam 7 petang, that feeling came again. Perasaan yang sama yang Farahin rasa dari dua zaman tu. Perasaan "kenapa aku selalu kena tinggal?". Without roommates, I knew I was actually an empty soul. Mungkin adanya roommates pun actually it was just like a temporary satisfaction. Farahin bersendirian all the times. I approached some friends but I just not feeling fit in. Everyone seemed very far away. The circle was broken.

Ada seorang kawan ni cuba ajak gurau dengan Farahin. Dia tetiba cabut nametag Farahin, kononnya tengah main runningman tu. I was actually surprised. But my mood that moment just not right. And it was just that. She went back to her circle and I was left alone. I learned the same thing again. The same thing yang asyik menghantui Farahin sepanjang 22 tahun ini. Cuma Farahin je buat-buat tak tahu.

This world is cruel. It is all game. Sometimes there are competitions and no one give a damn about someone get hurt and losing. Having laughs and random talks, they called it as socializing. Yet it also one of the way for being very ignorant in a cold way. Somehow, Farahin rasa macam mangsa keadaan. And that strong hate yang dulunya memutuskan pertalian Farahin dari dunia ni menghasut lagi.

Image result for anime crying lonely girl gif
GENTLE REMINDER #4 : I appreciates either bad or good, from smallest to the biggest things that happened to me.

Memori Farahin berbalik ke muka satu, zaman kanak2 Farahin where that hate started growing. Bila anak2 jiran yang Farahin kawan dan selalu main sama2 suddenly, push me away for no reason. It wasn't happened for once. Bagi orang lain, mungkin it was just pahit manis kehidupan. But that memory, that kind of moment, gave me a kind of trauma and many misconceptions about this circle.

Fortunately, Farahin tak spent my whole 22 years with the only hate. How very fortunate me, half of those years, someone approached me and offered a friendship. A very true friendship. Inshaallah. It is sad. It is disappointed. Kenapa tak semua orang ada sedikit nilai2 yang tak terharga yang ada pada seorang kawan itu? Somehow, Farahin tertanya-tanya, are they really into friendship??

Farahin anak tunggal. Farahin tak tahu rasanya berkelahi dengan adik beradik sampai ugut bunuh dan rasa nak lari dari rumah but esoknya elok je duduk semeja main senduk2 nasi yang mak masak. Farahin tak kenal riuh rendah dekat rumah dengan adik-beradik. Then I had another thought, "tak ke diowg lebih terdedah dan sensitif dengan personaliti yg pelbagai??" Yet there, I was facing the same thing for many times.

GENTLE REMINDER #5 : I loves to talk to my mind and understand by my heart.

Mungkin sebab personaliti Farahin. Muka Farahin yang kalau masa budak2 dulu ramai dekat sekolah cap Farahin sombong dan seumpamanya. Mungkin sebab Farahin yang typically known as mulut emas, pendiam, tak bergaul. Yet I am actually just a normal introvert. Mungkin sebab Farahin yang mudah serius dan sensitif dengan perkara2 kecil. Not saying I am cerewet or perfectionist, I am just obsessed to learn and understand others. Not just people, but also the norms and natures. Bukan Farahin cari salah sesiapa. I am just wondering. Having a deep sincere talk to myself since not everyone could do so to me. Tapi kadang2 tu, it did very frustrated.

Farahin tak mudah rasa sunyi. I know very well how to entertain myself. Tapi Farahin rasa sunyi bila this one activity yang semua orang panggil socializing, yet sometimes I felt very unfamiliar to it. Very dark. Very cruel. And somehow, it's dirty. Masa2 macam ni lah, dengan pemikiran yang negatif macam ni lah, I will miss this one person called true friends dan rasa sangat tersentuh hati. Ajaibnya kejadian ciptaan Allah SWT. Hebatnya aturan ketentuanNya. Just how many more backs that I have to see, wth this twisted me, I have that one person that could be a very close synonym to "sibling".

GENTLE REMINDER #6 : I prefers less quantity but more quality.

Fuhh. Finally, we're closed to the penutup. Jadi, korang ada tak dark memory yang effect hidup korang selama ni? Atau mungkin pernah ke korang met a kind macam Farahin? Yang korang selalu nampak bersendiri. But on a second thought, mungkin actually orang lain yang biarkan dia bersendiri. Mind to comment? I love to read them. Hihi

Till then, thank you for your time.
Good night. Bubye =)




An old scar could be itchy at times. A wounded soul could be hurt again.





READ MORE

Hectic Week

Posted by ELFarahin | On March 20, 2018 | | 2 comments:
Assalamualaikum...
Related image
Hi, pals! How are you?
Dah dinner? Belum? Boleh pergi dinner sambil usha post ni. Hehe
Straight to the point, it's a hectic week!

Like usual, sama dengan semester2 yang lepas,
minggu keenam dan ketujuh memang minggu yang hectic.
Maklumlah, we are closed to midterm break! haha

So, this week memang Farahin dah macam robot tua.
Tak mula apa2 lagi, belum buat apa2 lagi, kepala dah serabut. Hoho
Just last night, I had a test. Tomorrow and after tomorrow, also I'll have a test.
Tak lupa juga tiga assignments yang baru sahaja terbang masuk. Huhu

Esok for sure is Wednesday.
Going to have my sispa morning raw call, like usual.
And then, having class till noon and attend a talk in another uniform at 3pm.
Pagi tu uniform lain. Petang uniform lain.
Paling mustahak, baju iron, kasut kilat. Haha
And night will come by anytime, TEST time! Huhuhu

Serabut, serabut, serabut.
Serabut sampai lately Farahin asyik susah nak bangun pagi.
Tidur lambat tu perkara biasa. Tapi susah nak bangun ni ada banyak lagi causes.
Mungkin sebab stress, my body felt tired than it used to.
So bila nak bangun pagi, memang liat sangat.
Also, beberapa hari ni i didn't received my nature's call. Haha

Know what, I am wondering to skip both classes tomorrow.
Dayyumn. Tak insaf2 lagi ke Farahin? Hahahaha
Well, it's just a wonder. An escape from a hectic day.
By the way, how about your days?
Some comments would be appreciated.

Till then, thank you for reading.
Bubye. Gudnite =)



Did you passed your test? Did you learned something?
Or did you just get tricked? Did you?






READ MORE

A SFRNFZL Giveaway

Posted by ELFarahin | On March 15, 2018 | | No comments:
Assalamualaikum...


Saya suka berblogging kerana awalnya saya mahu melatih diri supaya lebih berani berterus terang di samping menjadi lebih terbuka tentang pendapat dan pendirian sendiri. Dari puisi-puisi yang saya coretkan di atas sehelai kertas, pengalaman hidup, emosi dan mainan fikiran saya, saya mahu kongsikan sebahagiannya untuk dijadikan anatomi yang lebih jelas kepada si pembaca tentang nilai seorang insan dan berharap ia dapat dijadikan iktibar yang mengetuk pintu minda mereka agar lebih terbuka untuk menerima sekecil-kecil perbezaan di antara kita dan lebih menghargai diri sendiri.

8 tahun saya mencurahkan patah perkataan yang hari demi hari, tahun demi tahun, seakan menghitung tiap detik usia dan kematangan saya. Siapa sangka tiap patah perkataan itu, mampu menjadi memori yang hari ini membuatkan saya rasa malu, ketawa dan bengang sendiri. Akhirnya, semuanya tetap berbalik semula kepada diri saya. Benarlah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kalau penulis? Penulisannya tetap terus bercerita.

Walaupun gaya dan corak penulisan saya kian berubah, saya tetap saya. Saya yang banyak diam, yang suka bersendirian menemani sunyi yang mendampingi tiap satu orang yang mereka sendiri tak sedar. Saya masih lemah dalam menyusun kata, tapi saya yang hari ini lebih selamba menjadi diri sendiri berbanding saya yang dahulunya membazirkan separuh usia saya mempersoalkan kewujudan diri sendiri.

Mungkin perubahan ini adalah sebahagiannya hasil dari berblogging. Coretan para bloggers yang sempat saya baca juga menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus berblogging. Tak lupa juga design blog2 mereka yang cantik2 juga telah menambah minat saya terhadap dunia komputer dan grafik. Apapun, sekuat mana negatif yang menjerut diri saya, saya akan tetap berpegang kepada positif yang selama ini saya bangunkan sendiri dalam diri saya.

Sekian sahaja dari saya.
Terima kasih sudi baca.
Gudnite. Bubye =)




We get hurt. We get sick. We are healing. Soon, we will feel better.






READ MORE

Mimpi Oh Mimpi

Posted by ELFarahin | On March 10, 2018 | | 4 comments:
Assalamualaikum..
Image result for anime mitsuha wake up dream gif
Hello, pals! Finally, i am posting my third post for this month. Haha
Kalau baca tajuk tu, mesti dah jelaskan Farahin nak story apa malam ni.
Yes, mimpi. Mimpi Oh Mimpi. Hihi

Lately, Farahin ada dapat beberapa unfamiliar mimpi. Unfamiliar yang macam mana? Farahin mimpikan strangers yang baru Farahin nampak sekali dua.

Mimpi pertama, this semester ada seorang classmate tu dia ada sakit teruk. Sebelah paru-paru dia dah tak function. Dia bernafas guna mesin. But still, she came to class. It was only twice I saw her in the class. Tapi lately, tak nampak pula dia. Hmm. Make me wonder.

Jadi beberapa hari lepas, maybe last week(?) Farahin ada mimpikan dia. But with unfamiliar plot. Somehow, dalam mimpi tu Farahin macam dah kenal dengan dia. Boleh sembang2 dan main akak2 dengan dia. Until I asked one question to her, "Akak selalu ke keluar dengan kawan2?" Lebih kurang macam tu lah. Farahin pun dah ingat2 lupa.

Dia pandang Farahin dan jawab, "Dulu selalu dia orang ada lah cari akak." Sayu je jawapan dia. Tiba-tiba dia tinggikan suara dia, "Akak ni dah nak mati! Akak dah sedia! Akak dah tahu nasib akak." Dia menangis. Seakan meratap nasib dia. Farahin terus tersedar. Hmm

Ada sekali tu dalam kelas, Farahin ada duduk semeja dengan dia. Dia kata dia dah bertahun repeat sebab semangat nak belajar. Umur dia dah 30+. Masa dia 20+, kita orang ni baru 10 tahun. Dia ada cerita, dia dah siap wasiat semua. Dia dah sedia. Bila-bila masa je dia boleh pergi.

Mimpi kedua, rabu lepas Farahin ada terserempak dengan seorang akak ni. Cantik. Tinggi. Tudung labuh. Bau wangi. Cakap lembut. Rupa-rupanya, dia on the way nak interview. Dia tanya Farahin fakulti tempat dia nak interview tu. Since sama jalan dengan Farahin, Farahin jalan sekali dengan dia. Dia kata dia belum habis PhD lagi tapi dah ada orang panggil interview. Hebat. Nak banding dengan Farahin, memang nampak dia orang yang bijaksana.

So, beberapa hari lepas Farahin mimpikan sis PhD ni. Terserempak dengan dia dekat kafe pada waktu malam. Farahin tegur dia dan tanya pasal interview dia macam mana. Dia senyum je. Sebab senyum dia yang menimbulkan banyak persoalan tu, Farahin tersedar. Sumpah orangnya memang cantik sis ni. Huhu

Farahin cannot brain macam mana those strangers boleh muncul dalam mimpi Farahin. Maybe jauh dalam hati Farahin ni, I amazed them very much. Mereka wanita2 hebat. Positif dan terpelajar. I am happy and grateful for their nice being. Moga kedua-duanya diredhai Allah SWT. Me too. Inshaallah

Till then, thank you for reading.
Good night. Bubye =)



It was Destiny make us met. It was Fate kept us entwined.





READ MORE

Nasib Kaki

Posted by ELFarahin | On March 07, 2018 | | 2 comments:
Assalamualaikum..
Image result for anime crazy excited gif

Heyya! I'm back.
Ada story nak share about what had happened today. Hehe

Petang tadi masa Farahin tengah siap2
nak turun untuk aktiviti SISPA (Siswa Pertahanan Awam),
Farahin sengaja belek jari manis kaki kiri Farahin.
I found omething strange about it.
Kuku Farahin macam nak tercabut.
Tapi tak sakit. Memang dah cuak gilalah masa tu.
Masa buat aktiviti tu asyik control je kaki ni.
Takut kuku tu tiba-tiba tercabut. Haha

Tak cuma kuku buat cuak,
kaki kanan Farahin pula tercucuk paku masa tengah kawad kaki.
Mula2 tu fikir batu dalam kasut. Tapi makin lama makin mencucuk.
Bila Farahin usha, duhaiiii paku rupanya.
Nasib baik matanya pendek. Luka kecik je.
Kalau tak, bocor kaki. Hahahaha

Just now, Farahin consulted dengan kawan2
about my kuku yang macam nak tercabut tu.
Kawan lelaki ni cakap nak tumbuh kuku baru.
Nanti kuku baru tumbuh, kuku tu akan tercabut sendiri.
Sejak tu, Farahin dah tak cuak lagi. Sedap je bawa jalan.
Kalau tak, jalan macam serba tak kena je. Haha

Apapun, at least something happened.
Bukan selalu benda2 macam ni jadi. Hahahaha
Till then, terima kasih sebab baca sampai habis.
Gudnite. Bubye =)



Be thankful for the bad things in life, for they open your eyes
to the good things you weren't paying attention to before.





READ MORE

Drop

Posted by ELFarahin | On March 07, 2018 | | No comments:
Assalamualaikum
Image result for kimi no namae wa anime running gif

Hello, peeps! Lamanya tak berceloteh dekat Super Junior.ᴱᴺᵀ.
Sebulan skipped. Well, internet limited.
Tak daya nak layankan blog. Haha

The new semester already started since February.
But it was hard for me to get myself ready.
Main case di sini ialah FYP1.
Final-Year-Project-One.

Day by day passed, Farahin cannot stopped worrying about this FYP1.
It make me felt unease and mind blocked at the most of time.
Week by week passed, Week 1, 2, 3, and now is Week 4...
at last Farahin decided untuk drop this course.
Just yesterday. Huhu

Somehow, I was just feeling not right about it.
Somehow, I know I am not ready.
Somehow, it was like I was drowning through the flowing river.
Sebab ramai students ambil FYP1, so do I have to?
Sebab FYP1 is recommended in university study plan, so do it have to be now?

Farahin tahu kekurangan dan kelebihan sendiri.
I am not a very fast learner. At some times, I am clumsy and slow.
Nak banding dengan kawan2 yang lain, Farahin ada banyak repeated paper.
Dari situlah I learned more about my study and learning style.

If I want to change, if I want to improve,
tak bermakna Farahin kena berlari sama dengan kawan2 yang lain.
I have my own path. That's where I should lead myself.

Semester ni pun Farahin still pursue on some basic courses.
Yang mana courses ni orang lain banyak dah settle masa Year 1 and 2.
I know where I am. I can rush things but not myself.
Takut at one time, I get exhausted
dan jatuh tersungkur tak dapat bangun.

Susah memang susah. Payah memang payah.
Rasa tertinggal sangat dekat belakang.
Tapi itulah dunia sekarang. Persaingan tak pernah habis.
Yet I hate competing. Farahin cuma nak fokus dan perbaiki diri sendiri je.

Somehow, I know why I never get familiar with sports.
Because it has a very close relationship with competition.
Kalau masa sekolah rendah dulu, ada je Farahin join lumba lari
untuk pemilihan wakil rumah sukan.
Tapi perasaan bersaing dan ditinggalkan tu
buat Farahin rasa sedih dan marah.

Macam mana dengan orang yang tertinggal di belakang Farahin?
Apa perasaan orang yang berlari di sebelah Farahin?
I think, I prefer works things together or on my own.
Without leaving anyone behind. Especially, me.
Meh! Bukan semua orang faham.

Akhirnya, Farahin end up walking my path alone.
I am fine.

Tak lupa juga, I am confirmed I have to extend another semester.
I am ready. I have been calculating my credits since last semester.
I will have my FYP1 next semester and FYP2 for the next after.
For that extend semester, I will go for industrial training.
Inshaallah. May Allah ease my success.





Don't be afraid of being left behind. Be afraid of being stuck there.



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin