Lelaki Enigma

Assalamualaikum..
Image result for enigma images

Hello, peeps!
Haihh makin jarang Farahin buat post kan.
Tapi jangan risau I'll never quit blogging.
It's just life gets busier nowadyas.
Fuh Fuh! Tiup sikit habuk2 kat blog ni. Haha

So sekarang ni Farahin tengah sem break.
But still have event to attend.
Lepas seminggu beraya, balik semula ke ump ni.
Ada kursus sispa, apm. you know...baju biru tu. Haha

Dijadikan cerita kelas malam ni
melibatkan pengucapan awam atau omputihnye public speaking.
Kita orang diminta tulis sebuah tajuk di atas kertas
dan kertas tu digulung masuk dalam kotak cabutan.
Seorang pelajar akan cabut satu tajuk dan buat ucapan.

The thing is Farahin tak terfikir cabutan bertuah akan dilakukan.
Jadi Farahin sengaja tulis tajuk yang agak unik dan cheesy.
Ya. Tajuknya seperti tertera di atas. Lelaki Enigma.
Kesian kawan Farahin yang terpaksa ulas tajuk Farahin tu.
But she did great. Applause!

Lelaki Enigma. Apa yang kau orang fikir?
Ya. Seorang lelaki. Lagi?
Lelaki Enigma. Nama lain yang Farahin berikan
kepada seorang lelaki yang tercatit dalam sejarah.
Seorang lelaki British. Genius dan berpendidikan tinggi.
Sejarah meraikan sumbangan besarnya
ketika era Perang Dunia Kedua
di atas kejayaannya memecah kod tentera German
yang dicipta menggunakan satu mesin yang dipanggil Enigma.
Ya. Lelaki ini seorang saintis dan jurutera.
I mean, jurutera komputer.

His life was great ha?
But it got twisted selepas kejayaanya sempena Perang Dunia Kedua itu.
Selesai tugasnya, dia kembali kepada kehidupan biasa.
Seorang jurutera, pemikir dan pengkaji.
Lelaki ini tidak pernah alami kepayahan dunia sebenar.
Betapa gelap dan kejamnya dunia ini. Dia tidak tahu.
Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki muda di kelab malam.
Mereka jadi makin rapat. Dikatakan hubungan mereka agak initm.
Ya. Bahasa kasarnya gay.

Tetapi lelaki muda itu mengambil kesempatan
dengan mencuri jam tangan pemberian ayahnya yang paling dia sayang.
Lelaki Engima ini melaporkannya kepada polis.
Tapi tahu tak apa yang polis buat?
Instead of menyiasat lelaki muda itu,
Lelaki Enigma ini ditangkap di atas tuduhan
berkaitan dengan seksualitinya.

Pada ketika itu kerajaan British menyatakan
kalau gay atau seumpamanya tidak layak bekerja
dengan/untuk negara mereka.
Ingat kan dia telah membuat sumbangan besar kepada negaranya?
Atas sebab seksualitinya seorang gay dia diragui dan dicerugai.
Polis memberikannya dua hukuman. Pilih salah satu.
Sama ada dia mahu dipenjarakan sepanjang hayat?
Atau dia diberikan rawatan ubatan
yang akan mengubah fizikal dan perlakuannya?

Lelaki Enigma ini memilih pilihan yang kedua.
Kajian menyatakan ubat yang diambil akan memandulkannya.
Dadanya mungkin mula membesar. Fizikalnya. Perilakunya. Mentalnya
Bakal berubah sepenuhnya. Lebih feminin.
Pada ketika itu ubat ini tidak semoden sekarang.
Ubat itu masih dalam kajian dan Lelaki Enigma ini seakan subjeknya.

Psikiatri yang merawat Lelaki Enigma ini dan juga seorang kawan
merekodkan bahawa ada perubahan pada Lelaki Enigma.
Seorang yang genius, pemikir, pengkaji,
Lelaki Engima seakan hilang semua kebolehannya.
Dia jadi pengeluh, putus asa dan dia mula bercerita tentang mati.
Psikiatri yang merawatnya berpendapat
mungkin ia disebabkan ubat yang diambilnya.

Dan Lelaki Enigma ditemukan mati dirumahnya
dan didapati menggantung dirinya sendiri.
Sejarah merekodkan pada ketika itu
umurnya baru sahaja 41 tahun.

Farahin dapat tahu pasal Lelaki Engima ni
dari sebuah dokumentati yang berjudul 'The Codebreaker'.
Asalnya, Farahin menontonnya sebab ia berkaitan dengan tokoh komputer.
Tapi akhirnya Farahin rasa tercucuk dengan kisah Lelaki Enigma ini.
Ya. Farahin menangis. 

Pedulikan sama ada kisah ini sekadar rekaan barat
ataupun memang benar.
Yang pasti pelajari pengajarannya.
Bagi Farahin meletakkan isu seksualiti dan kerjaya
di dalam satu mangkuk memang tak relevan.
Serupa macam meletakkan kalau Melayu itu pastinya Islam.
Sedangkan ada sahaja yang bukan Melayu itu juga Islam.

Jadi itu sahaja post kali ini.
Kalau ada silap tu tegur dengan baik.
Farahin bukannya berilmu sangat.
I just wrote with my heart.
How and What I felt.
Kalau tahu, siapa Lelaki Engima ini? cer teka. Haha
Till then, bubye jumpa lagi =)











Bagimu lakhnat, baginya khianat.
Bagimu nikmat, baginya musibat.









No comments :