Peluang

Assalamualaikum..
Related image

Hello, peeps!
Lamanya lahai tak update blog kan. Miss me?
Well makin dewasa makin pemalas dia. Haha

Farahin nak heboh sikit pasal Farahin.
Farahin sensitif dengan attitude seseorang.
Tak kiralah attitude tu ditujukan kepada Farahin atau pun tidak.
Kenapa? Sebab Farahin sensitif dengan persekitaran Farahin.
Mostly everything.

So lately roommates bising2 sebab dapat tawaran belajar kat Indonesia.
Yet diowang tak nak pergi. Katanya mohon hari tu acah2 je.
Tapi parents asyik mendesak suruh pergi even diowang dah kata tak nak.

Kalau Farahin, tak kiralah orang nak tanya apa, nak kata apa,
kalau Farahin dah kata tak nak, memang tak nak. I have no more comment.
Tapi diowang masih lagi pening2. Katanya serba salah kecikkan hati parents.

Farahin tak tahu apa yang diowang fikirkan sampai pening2 berhari-hari macam ni.
Mungkin sebab Farahin anak tunggal. Mungkin sebab Farahin selalu keraskan hati.
Mungkin sebab Farahin selalu biarkan jiwa dan emosi ni bebas tak terkongkong.
Farahin tak biarkan diri keliru macam diowang.

Bagi Farahin, kalau parent push macam mana pun
even I know diowang macam tu sebab nak yang baik2 untuk Farahin,
if I said no, then NO.
Wut? Kita sebagai anak sibuk fikir nak banggakan mak ayah.
Tak nak beri mereka kecewa.
Tapi tahu ke kita nak banggakan mereka macam mana?

Let's make this situation the example.
Farahin dapat tawaran tu but tak nak pergi.
But parent asyik push supaya pergi.
Farahin jadi serba salah sebab takut kecewakan parent.
But fikir balik! Kalau Farahin memang 100% tak nak belajar sana
tapi Farahin pergi juga atas permintaan mak ayah.
Yes. Masa tu mereka senyum. Mereka bangga.
Later, how if Farahin memang tak survive kat sana?
Tak payah cerita pasal social life. Cerita pasal study je.
How if study Farahin terumbang-ambing macam kapal dekat tengah laut.
Satu demi satu gred merosot. Bukan sebab malas ke apa.
Tapi sebab niat tu dari awalnya tak betul
plus fikiran dan emosi yang terganggu.
That time bila parent tahu mesti diowang salahkan diri diowang pulak.
Mungkin tak patut diowang push Farahin supaya pergi.

Apa yang Farahin nak sampaikan,
just because diowang parent dan lebih tua
tak semestinya kita kena iyakan semua yang diowang kata.
Parent pun manusia. Manusia ada silapnya. Ada tamaknya.
Katakan, ada seorang anak ni kerjanya kutip sampah tiap2 hari
tapi masih mampu solat dan makan dalam keadaan yang bersih
malah lebih kerap ucapkan Alhamdulillah sambil senyum
daripada mengeluhkan nasib sendiri. Korang rasa mak ayah diowang kecewa ke?
Kalau Farahin lah mak kepada anak ni, Farahin bangga.
Setidaknya dia tidak menyusahkan hidup orang.
Tidak lakukan perkara yang bukan2.
Malah dia lebih tahu bersyukur dan positif dengan kehidupan sendiri.

Ya. Kita seorang anak. Kita ada tanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
Ya. Kita seorang pelajar. Kita ada tanggungjawab kita sebagai pelajar.
Tapi jangan nafikan, kita adalah kita.
Kita ada tanggungjawab terhadap diri kita.
Buat apa yang kita suka. Yakin dengan apa yang kita pilih.
Yakin yang Allah akan jaga dan lindungi kita.
Dunia ni sementara. Lakukan segala apa yang mampu selagi hari ini masih ada.

Ibu bapa pun jangan terlalu push anak2.
Jangan sebab dia anak, kita ambil kesempatan
dengan emosi dan perasaannya.
Typical mentaliti selalu kata anak tunggal dimanjakan.
No. Tak semestinya.
Parent Farahin tak pernah sebut pasal ni
tapi Farahin belajar dari diowang sejak Farahin kecik.
Susah senang biar kita tanggung. Jangan susahkan orang.
Bangga dengan diri sendiri bila kita boleh uruskan hidup sendiri.
Tak kiralah susah atau senang.

I know something and I saw something.
Ayah dah bayar habis rumah kenderaan semua.
Yang tinggal cuma sara hidup seharian dan belanja Farahin.
Dari sini Farahin dapat agak.
Hint dia, "esok kalau Farahin dah bekerja,
Farahin cuma perlu tanggung susah senang hidup sendiri.
Rumah ayah dah habis bayar. Kereta motosikal tu nak pakai, pakailah.
Ayah dah habis bayar. Nak terbang ke tergolek ke Farahin tanggung sendiri.
Mak ayah tak minta apa2. Asal jaga nama sendiri, keluarga, agama dan bangsa."

Jadi apa yang buatkan parent kita bangga
tak semestinya belajar tinggi, kerja hebat, rumah besar dan sebagainya.
Yang pasti kita boleh tanggung hidup sendiri.
Banyakkan berusaha daripada mengeluh.
Actually apa pun yang kita buat parent memang selalu risau.
Memang tak boleh nak buat apa. Huhu
Yang penting tunjukkan kat mereka yang kita kuat. Buktikan.
Tak kiralah apa pun yang kita buat.
Jangan cengeng. Jangan terlalu manjakan diri.

Farahin ingat lagi masa awal mohon UPU dulu,
Mak minta jangan belajar jauh2.
Farahin tahu mak risau kalau Farahin jauh2. Farahin faham.
Tapi Farahin tetap balas macam ni,
"Farahin tak kisah pun belajar kat mana." I smiled.
Jangan cengeng. Jangan biasakan diri dimanjakan.
Hati parent memang selalu tak tenang
sebab diowang selalu nampak kita masih kecik dan budak2.
Jadi jangan tambahkan lagi rasa tak tenang tu.
Kena kuat dan positif. Tunjukkan at least kita dah tak jatuh bila berjalan.
Kita tak nangis bila terluka. Tunjukkan apa yang dah diowang ajarkan
pada kita pasal hidup selama ni.










Life has Choices, Change and Chance.
Make your choice and do the change so that chance is created.