Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Memori

Posted by ELFarahin | On January 01, 2013 | |

Memori
umpama diari tanpa kunci
penceritaannya seolah tidak bernoktah
setiap perenggan diselang seli hari-hari yang mendatang

Memori
bukan pena yang mencatit butirannya
sebaliknya akal yang merakamkan tiap detik yang ada
manakala hati memahatnya menjadi pustaka

Memori
menghapuskannya sama sekali tidak mudah
ia bukannya sim kad yang boleh memadam kenalan sewenangnya
tidak juga seperti recycle bin yang mempunyai kata empty

Memori
adanya ia manusia tersenyum di masa depan
kerananya ada yang menyesali hayat yang lepas
tidak kurang mengakibatkan trauma dan dendam

Memori
ia umpama lauk bagi kehidupan
dengan emosi dan perasaan menjadi rencah
terhidu aroma darinya yang bakal menggamit jiwa

p/s: Selamat Tahun Baru 2013! Sematkan memori 2012 anda dengan sebaik-baiknya. Kalendar 2012 cuma lahir sekali sahaja. Huhu


More poems? HERE.



2 comments:

  1. bnyak betol memori cik ELF kan ? hihi :)

    semoga 2013 bakal menyinari hidup awak yea :) semoga segala azam juga tercapai . amin .

    ReplyDelete
  2. winkwink , pandai berpuisi :)
    selamat tahun baru , semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012 :)

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin