Hati aku semakin hari semakin tertutup
semakin hari semakin terkunci
semakin hari seolah semakin sempit dan gelap
Jiwa aku kosong
cuma gema-gema bisikan syaitan kedengaran
entah di mana letaknya iman
sampaikan aku tak dapat melihat jalan
Aku fobia
atau trauma?
Anti cinta
atau putera?
Malunya...
malunya bila sedar diri aku tak sempurna lagi
disebabkan diri aku sendiri
Aku cuba untuk berundur
daripada meneruskan perjalanan hitam
tetapi kutub kemunkaran sering memaksa
seolah diri aku ini jarum kompas
mahunya ke selatan
tapi tetap terus tertarik pada utara
Ini dugaan Tuhan
tapi aku sering rasa hendak mengalah
keana aku penat berbalah
dengan diri aku sendiri
namun dunia ini ada undang-undang
tergubal segala hukum-hakam
jadi aku tidak boleh beralah!
via : Something Shit About Me <------click
No comments:
Post a Comment