Solat Mudah & Sah




Assalamualaikum...

Hey! Tiba-tiba teringat tentang sesuatu lah.
Mahu tahu apakah ia?

Tahukah anda bahawa Islam itu memudahkan? Malah ia tidak memaksa?
Entry kali ini saya hendak post tentang solat.
Solat untuk sekadar sah dan Insyaallah dapat menghindarkan anda daripada azab api neraka sakar.

Kita mulakan dengan wuduk ya.
1. Ratakan air ke seluruh muka(sekali sahaja) berserta niat wuduk di dalam hati.
2. Ratakan air dari tangan hingga ke siku, kedua-duanya(sekali sahaja).
3. Ratakan air ke sebahagian kepala(sekali sahaja).
4. Ratakan air di kaki hingga ke buku lali,kedua-duanya(sekali sahaja).
5. Tertib(ikut urutan dari 1 hingga 4).

PEMBERITAHUAN!
Membaca Bismillah, berkumuh, membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan, memasukan air ke dalam hidung dan menghembuskannya, membasuh kedua-dua belah telinga hanyalah dihukumkan sunat. Tidak dilakukan pun tidak mengapa. Tetapi ada ganjaran pahala bagi sesiapa yang melakukannya.

Sekarang, kita mulakan tatacara solat kita.

1. Berdiri tegak.
2. Menyebut 'Allahuakhbar' tanpa mengangkat tangan berserta niat solat dalam hati (teruskan berdiri tegak).
3. Baca Al-Fatihah. (tidak perlu doa iftitah).
4. Rukuk berserta tomaninah 'Subhanallah'(sekali sahaja). (Tak perlu 'subhanarobbial a'zimi wa bihamdih'.)
5. Berdiri tegak sambil menyebut, 'Samia'llahuliman hamidah, robbana lakalhamd. Allahuakhbar'.)
6. Sujud. (tidak perlu tomaninah 'subhanarobbial a'la wabihamdih')
7. Duduk antara dua sujud. ( tidak perlu tomaninah).
8. Sujud. (tidak perlu tomaninah).
9. Duduk tahiyat awal (tidak perlu bacaan salawat).
10. Duduk tahiyat akhir ( baca salawat hanya sampai kalimah syahadah, 'Asyhaduan Lailahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadarasulullah.')
11. Beri salam, 'Assalamua'laikum Warahmatullah'(sekali sahaja).

PEMBERITAHUAN!
1. Doa qunut ketika dalam solat subuh, tidak dibaca masih sah solat. Ia boleh digantikan kepada sujud sahwi sebelum memberi salam selepas tahiyat akhir. Jika tidak digantikan, juga tidak apa.
2. Tatacara di atas hanya cara dalam solat. Bukan turut merubah rakaat solat. Rakaat solat tetap seperti biasa.
Subuh : 2 rakaat
Zohor : 4 rakaat
Asar : 4 rakaat
Maghrib : 3 rakaat
Isyak : 4 rakaat
3. Tatacara wuduk dan solat di atas hanya khas untuk mereka yang sukar untuk mendirikan solat atau secara kasarnya, malas. Sebaiknya, bagi kita yang mampu mendirikan solat dengan sempurna, janganlah ikut tatacara tersebut.
5. Jika anda kekeliruan atau berasa ragu dengan tatacara di atas, sebaiknya rujuklah kepada yang lebih pakar dan mengetahui. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu. Jika ada silap dan salah, jangan segan untuk menegur. Saya sudi mengetahui dan menerimanya.




SJ goodies !!

Assalamualaikum....

Hari ini saya telah pergi shopping dengan mak saya. Haishh....sudah lama tak berjalan, naik lenguh kaki pusing-pusing dekat bandar tu ha. Huhuhu.... Nawaitu saya hendak ke bandar sebab mahu beli buku rivision fizik. Alamaklum....otak saya ini lambat sikit hendak pick up apa yang cikgu ajar di hadapan. Tambahan, modul yang cikgu berikan pun dah tak berupa modul. Hahahaha... So, I need a rivision book.

As usual, sebelum balik, saya akan bersinggah ke kedai serbaneka berdekatan dengan stesen bas, iaitu Sinajaya dan Jovial. Firstly, saya pergi ke Sinajaya. Fikir mahu beli komik tapi tiada yang menarik. So, beli makanan saja di situ. Then, saya singgah pula ke Jovial. Untuk mencari komik. Jumpa! Tajuknya, "Anak Kucing Ketua Pelajar". Nampak macam kelakar saja ceritanya. Alang-alang sudah singgah ke Jovial, apa salahnya kalau kita godeh-godeh kpop goodies yang terjual di situ. Dari penanda buku, pencil case, key chain, diaries, semua saya belek. Kyaaaaa~~ banyak sungguh yang menarik!! Of cozlah yang menarik itu Super Junior. Ada diary dengan cover Leeteuk oppa. Ada pencil case dengan gambar SuperShow 4. Ada bookmark dengan gambar Yesung A-Cha padanya !! Yep! Saya beli yang itu! Huhuhu... Ada juga button yang tertulis di atasnya, "I  Super Junior! YES! Saya beli yang ini juga!! Hehehe...


Sebaik saja sampai rumah, saya asyik belek saja goodies ini. Hehehe...Sampai mak saya ketawakan saya sebab saya asyik balik-balik tengok benda ini. Hahahahaha...

Skuter & Trauma

Assalamualaikum... Yay! Hari ini saya baru saja passed tunggang skuter. Tapi lesen belum lah ya. Hehehe... Nanti ayah nak ajar saya tunggang moto dia pula. Lenguh seyh tangan. Itulah namanya orang yang dah lama tak pegang handle(handle basikal). Hahahaha... So, sekaligus dengan ini saya telah atasi trauma saya. Dulu saya terlalu 'sakit' sampai saya takut untuk ambil risiko melakukan hal-hal yang berkemungkinan boleh melukai diri saya. Tapi sekarang, I did it! YES! Saya tak cedera, tak luka. Just haus saja. Alamaklum, menunggang di tengah panas. Huhuhu... Haus saya sebab menunggang skuter di tengah panas, seolah hausnya saya sebab kehilangan cinta dalam hati saya. Honestly, hati saya semakin tertutup. Ruangnya semakin sempit dan gelap. Dan kesunyian batin yang saya rasakan telah menjerat saya dalam kekeliruan. Sekarang, saya sedang melakukan sebuah kesilapan. Walau bagaimanapun, I try hard untuk mengawal kesilapan itu supaya ia tidak melibatkan orang-orang di sekeliling saya. It's such a big secret for me. Too personal. Saya tak mampu nak berterus-terang even di blog ini. Hmmm...

Mid Year!!!

Assalamualaikum.... Alamak~~ tak lama lagi nak Mid Year exam lah....ini pun sedang sibuk-sibukan diri dengan study group with my BFF, Raidah and Aznie. As usual, Aznie akan jadi 'guru' kami. Alamaklum, she's the clever one. Huhu... Today, kami buat study group about subjek Biologi. Mengenali dua beradik yang seakan iras tapi tak serupa, iaitu Mitosis and Mieosis. Hihihi... Aishhh~~ Add Math pun dah tunggang-langgang jadinya. Tak ingat Formula!! Hampeh~~ Hahahaha.... Fizik? Adessss.... Oklah. Itu ja nak cerita. Hee~

OMO! Chingu-yah!!

Assalamualaikum....

Astaghfirullahalaziim... buka-buka blog sudah terkejut begini. Terharunya~ Hendak tahu kenapa? Seorang blogger telah menjadikan blog saya sebagai entrynya....Kamsahabnida, chingu~~ Touching sangat.... Rasa macam baru dapat hadiah yang teristimewa. Yep!! This is really a precious moment, present for me. Gomawo~~ Eeeee....tak puaslah nak ucapkan terima kasih. Terharu sangat nie.... Terima kasih e-zatisofea. <----- klik this name to view her blog!! Terharu.... :') terharu sangat!!!! OMOooooo~~~~



Click image di atas untuk view entry tersebut!! hehee...

My HeartBeat

Assalamualaikum....

Yeyeyeyeye!! Finally!! I get my heartbeat back!! Hmm...lately, no woner why I kept focused & view about Pengx. Untill that, I feels like I lost something. You know what? I lost my heartbeat. I can't feel his presence. Yesung. Where was he? But today, my heart back beating faster. Back fall in love. Honestly, I feels much better like this than my heart 'stop' beating. That just make me feel worst. Lonely. I miss this feeling. Really miss it!! Yesung!! I miss you,oppa !! Really miss you !!



Jaminan Cinta


Assalamualaikum....

Hmm....as we know, cinta tidak menjamin apa-apa. FINE!! I agree!! But, apa sudah jadi dengan saya sekarang? Kerana cinta dahulu, iman saya turut jadi goyah?? TERUK!!! Bagaimana seksanya bila ada ketika terpaksa bertahan kuat dalam keadaan yang sesak dan memenatkan. Anda fahamkah apa yang saya maksudkan ini? Sudah tentu tidak~~ Baiklah. Saya bercerita sendiri sahaja. 'Cinta tak menjamin apa-apa'. Tapi ia sedang merubah cara hidup saya. Bergantung pada saya sama ada hendak meneruskannya atau memperbaiki hidup ini sebaik mungkin.

Huh~~ malaslah nak menaip.....
pffft !



Homework....homework....

Assalamualaikum....

Hwaaaa !! Banyaknya homework !!! Bad mood jadinya. Add Math ini tak terenjoy rasanya. Bak kata cikgu, "Enjoy do your Add Math." Ah! I can't!! I'm so stress!! There are many homework left!!! Inilah akibatnya 9 hari tak masuk kelas. Semuanya demi kawad kaki hari tue. Hukhukhuk....eotteokhae?!!! Oppa~~

Bertarung

Aku sudah lepaskan cabaran yangku terima dahulu,
aku meninggalkan permainan itu,
dan memulakan permainan yang baru,
dengan langkah yang baru.

Tetapi mengapa,
mengapa permainan yang ini jua turut mencabar jiwaku?
persis saja seperti permainan dulu,
aku terpaksa bertarung tegar dengan diriku sendiri.

Dan ia masih sama,
aku bertarung sendirian,
dengan perisai IMAN,
berserta senjata DOA.

Akan menangkah aku?







Tabah Tapi Lemah

Assalamualaikum....

Hmm....lately, honestly saya asyik cari cerita pasal Pengx saja. No wonder why? Pengkid ini as we know mereka perempuan yang berperwatakan seperti lelaki dan menjalinkan hubungan sejenis yang melampaui batas. Kita tengok mereka ini nampak 'kuat' kan? Yalah. Berpakaian serta lagak seperti lelaki. Gagah perkasa gitu. Hahaha.... Tapi sedarkah anda 'kekuatan' mereka itulah kelemahan mereka. Kelemahan mereka sebagai seorang perempuan.

Seperti saya. Saya juga perempuan. Tetapi saya juga ada tingkah laku yang lasak sedikit. Hendak tahu kenapa? Sebab saya tak nak tunjuk kelemahan saya sebagai seorang perempuan. Dulu saya TABAH berpura-pura berkeadaan baik bila berhadapan dengan gf ex saya. Dulu saya TABAH berhubung baik dan mesra dengan dia. Tapi sekarang saya LEMAH. Bila saya bertembung dengan dia, saya buat tidak peduli saja. Saya pura-pura tidak kenal atau tak nampak dia. Saya tidak seTABAH dulu. Saya sudah LEMAH dan hakikatnya semakin LEMAH.

Cinta, hati, jiwa, perasaan, emosi, fikiran, tingkah-laku, tindakan,
Semua di atas berkaitan dengan IMAN saya.
Salah satu atau semuanya 'rosak',
Maka IMAN saya juga akan mudah ROSAK.

Astaghfirullahalaziim...
Siapalah yang boleh bantu saya selain daripada
Allah s.w.t. dan diri saya sendiri?
Tiada sesiapa....
Cuma saya dan Allah s.w.t.

Alamak! saya baru perasan yang saya sudah lari sedikit dari tajuk asal. Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya,

Pengkid itu tetap perempuan. 'Kuat' mereka seakan lelaki tetapi hakikatnya LEMAH tetap sebagai perempuan. 'Rusuk kanan Adam' ini LEMAH kerana ada segelintir 'Adam' tidak tahu menjaga 'rusuk'nya dengan baik. Atau mungkin tidak sengaja mengabaikannya serta melupakannya.

Wahai 'Adam',
Jangan tunggu 'rusuk' itu hancur menjadi debu seakan pasir baru hendak disimpan dan dijaga di dalam bekas yang bersalut emas.

Allahuakhbar....


P/S: 'Adam' di sini merujuk kepada kaum lelaki. Bukan hanya kekasih. Tetapi suami, bapa, abang, sepupu lelaki, saudara lelaki, datuk, pak cik dan selebihnya.


Skuad P3

Assalamualaikum....

Pergh! Penat gila hari ini! Satu jam yang lalu saya baru saja balik dari pertandingan kawat kaki di PPD Kluang. Tapi jalan kaki dari sekolah. Hehehe....Well~ pagi tadi smart saja dengan kasut yang kilat tak berapa nak kilat and uniform Pengakap yang lengkap tak berapa nak lengkap. Hahaha.... Sebab saya punya kedudukan lencana Johor, Kluang and '30' terbalik. Aish! Masalah~masalah~. Tapi itu pagi tadi. Tapi masa balik tadi pakaian 'smak' gila. Hahahaha.... Dengan butang baju and lengan yang terbuka. Butang baju buka separuh saja ya. Anyway, saya pakai baju hitam dekat dalam. Huhu...  Sebelum balik rumah, sempat lagi lepak dengan kakak-kakak tecit dekat bus stop sekolah rendah yang dekat sebelah sekolah saya. Saya siap baring meniarap dekat situ. Kaki sakit~~~ tak larat nak jalan kaki balik. So, rehat jap. Lepas ketiga-tiga kakak tu balik, saya pun gerak. Nak tahu tak? Pasukan Pengakap Puteri kami datang lambat. Elok-elok giliran nombor 3 dah jadi pasukan puteri yang terakhir sekali kawat kaki. Kami buat yang sebaik mungkin (even tak sebaik mana). Hahaha...yalah. Kami berlatih 1 minggu lebih saja. Tak sampai 2 minggu pun. Huhu.... Oklah. Sampai sini saja ok. Penat lah~~ Assalamualaikum.

Bukan Naluriku

Siapakah kamu bagiku?
Siapakah kamu bagi hatiku?
Siapakah kamu buat diriku?

Sedari dulu,
sentuhanmu sentiasa membuat aku meggigil,
kehangatan itu membuat aku selesa,
malah turut menyakitkan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
apabila kau senyum kepadaku,
bagaikan haruman mawar menyinggah hiduan,
ketenangan itu sungguh membahagiakan,
namun turut membuat aku kekeliruan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
perlahan-perlahan aku merasakan ada perbezaan antara kita,
hubungan ini tidak harus ada,
persahabatan ini mesti menjadi noktah,
bagaimanakah dapatku hentikan semua ini?

Hari demi hari,
tatkala waktu semakin menghampiri kita,
ketika itulah kesempatannya aku menghidar darimu,
meninggalkan perasaan itu,
merenggangkan hubungan persahabatan ini,
kerana mencitaimu,
bukan naluriku.



[ Puisi ini terhasil melalui kisah-kisah lama saya dahulu. Mengenali seorang kawan perempuan yang mesra dan sangat ramah. Tidak sangka saya boleh tersalah sangka akan persahabatan kami. Betapa SUKARnya. Betapa SUSAHnya melawan naluri yang bercanggah itu. Tambahan, biarpun saya menghindar darinya tetapi dia sering mendekati saya. Namun akhirnya saya berjaya. Berjaya meninggalkan perasaan itu malah turut merenggangkan hubungan kami. Saya tak menyesal. Asal kedua-dua kami selamat.]



Realitinya

Assalamualakum....

Hehee.....saya sudah mula bacalah buku 'Terimalah Pinanganku' itu. Well~ good! Menenangkan dan buat saya khayal. Wahahahaha....sebab dia bercerita tentang keindahan CINTA serta diselitkan sedikit kisah-kisah para nabi dan sahabat. Hadis dan ayat Al-Quran pun ada. Upssiiii....hati saya sudah mula lembutkah? Hahahaha....Yalah. Lembut. Bila lembut itu yang asyik terkenang-kenangkan keburukan, kehitaman, keperitan CINTA saya. Suey~ betul lah. Yalah. Kita tak boleh terus bermimpi dan tersenyum sendiri kan? Ada masa we have to face the facts! The REALITY! Itulah hal yang agak susah dihadapi manusia bukan? Tapi itulah hakikatnya. Realitinya. Hmmm....



'Kawan' Makan Kawan

Assalamualaikum....

Cis! Tak guna punya 'Kawan' ! Mengganggu perjalanan saya dengan Raidah ketika hendak balik dari sekolah saja. Cop! 'Kawan'? Siapa? Yang mana? Well~ memandangkan saya ini bakal menjadi calon-calon veterinar, so semua haiwan saya kata 'Kawan'. Hehehe....

Ehem! Waktu hendak keluar dari sekolah tadi, ada seekor anjing berlari ke arah kami. Pada mulanya, saya dengan Raidah stay saja. Tapi anjing itu makin dekat dan dekat. So, kami lari lah. Saya pun belum jadi Official Veterinar. Kalau tak, bolehlah saya pegang dengan pakaian serba pelindung. Hahahaha.... Kami berlari dan masuk ke sekolah sebelah. Well~ kawasan di situ memang tapak sekolah-sekolah menengah & rendah. Fortunately, Pak Cik Guard di situ tolong halau anjing itu. Aigoo~ anjing siapalah itu?

Anjing itu tak nampak liar. Sebab dia tak menyalak pun. Dia just hendak dekat dengan kami je. Nak menyendeng lah tu~ Dia ingat kami ini tuan dia apa? Yalah tu. Lagikan kami lari. Lagi lah dia ingat kami nak main kejar-kejar dengannya. Tapi kalau tak lari nanti, kalau dia menggesel, tak ke najis? Haishh~~~

Nasihat saya, janganlah lepaskan haiwan peliharaan anda terutama anjing yang menjadi najis bagi orang Islam tanpa tuan ya? Respect us please. Kalau dah jemu dengan anjing itu? Sudah malas nak jaga? Cuba hantar dia ke mana-mana kebun untuk jadi penjaga? Atau anda boleh hantar ke pusat perlindungan haiwan. Okey? Arasso? Haishhh....susah~susah~



B'coz Of The Past

Assalamualaikum...

Hmmm....actually saya rasa bodoh sangat sampai seteruk ini impaknya dari Puppy Love saya. Bukannya sekali saya main dengan Puppy Love. Since primary school lagi sudah mengada-ngada. Tapi tak lah macam sekarang. TERUK sangat !! Sampai rasa macam trauma. Ish ish ish....Antara impaknya:

1. "Susahnya nak pandang mana-mana lelaki."
    - means tak ada pun rasa macam... nak terkinja-kinja or gedik-gedik sikit bila nampak lelaki.
2. "Keputusan akhir, Yesung menjadi pilihan."
    - saya katakan Yesung itu adalah penawar buat saya. Suaranya, senyumnya, matanya. Hah~~ longlai....hehehe.....
3. "Sampai hati selalu dibisik syaitan kerana kosong sebab tiada nama lelaki di hati. Except my father."
   - That's why ada rasa macam nak jadi pengkid. (still sekadar angan-angan. Tak tertunai lagi ok.)
   - Tingkah-laku rasa macam nak lasak je. Kalau boleh.
4. "Sentiasa terasa sakit."
   - Bila sebut pasal sakit, even just sebut saya sudah terbayangkan darah merah yang mengalir dan pedih yang perit.

Haishh~~~mengeluh jelaah....

Agak-agak inikah tanda sudah melupakan? NOPE!!! Ini bukan melupakan tetapi meninggalkan. Meninggalkan hal yang lalu tetapi cuba membentuk hal yang sama melalui cara yang bercanggah. I guess....??

Takut

Assalamualaikum...

Tadi saya sempat belek-belek semula buku 'Terimalah Pinanganku' itu. Dalam entry yang lalu saya ada kata kan yang saya tawar hati nak baca buku itu? Tapi tadi terasa pula nak baca. Well~~~ baca langkah-langkah saja. Kasi scan~ hmmm....honestly, it quite interesting tapi entah kenapa saya rasa nak tak nak je baca buku itu. Nak tahu kenapa? Sebab saya takut nak dekatkan diri dengan hal-hal berkaitan CINTA mahupun PERCINTAAN. Hah! Tak sangka Puppy Love mampu beri kurap pada hati saya. Wahahahahaha !! Even sekarang pun saya sudah jarang baca novel. Tak terasa nak baca pun. Hewhew...

Up 20

Assalamualaikum....

Ehem! Hehehe....pagi tadi ayah beri saya RM 20~~~ kehkehkeh....untuk beli kasut kawat. Weee~~ bolehlah saya simpan lagi RM 15 saya. RM 20 + RM 10. Hah! Complete. Nanti saya nak beri duit itu kepada cikgu tak pun kepada komander, Kak Izzaty yang cute, comel, nice and sweet. Hihihi...But then, diorang sibuk cerita pasal ladam. Hmm....nak letak ke tak? Macam malas je. Banyak sangat urusan! Diorang cakap letak paku payung pun boleh. Nanti kita cuba try test eh? Hahahaha.... Entah ada ke tidak paku payung dekat rumah. Huhu....

Leader Teuk Story

Something about him....
The past that need to forget (i guess)...
Teuk oppa...


pearl sapphire blue world: Leader Teuk Story :(: I saw this post on weibo about teuk and thought that its something that every fan should know about. You might already know this or you mi...

Jam 2 pagi

Assalamualaikum...

Hmm....pukul 3 pagi sudah...jam 2 tadi bangun makan. Yalah, malam semalam lepas balik tak makan apa-apa pun. Penat sangat terus tertidur. Huhu...So, tadi makan and sempat basuh baju. Nanti pagi nak pakai pergi sekolah. Ada kawat lagi. Waaaaahh~~~kaki sudah ok, sekarang tangan pula sakit. Aigoooo~~~ Itulah dugaan  bila masuk kawat. Well~~ saya minat. Saya suka. Apa susah? Susah senang, badan saya yang tanggung. Hehehe...Tapi ini first time saya masuk kawat untuk peringkat Kebangsaan and first time juga buat formasi segala. Tapi BEST!

Korek Tabung, Korek Hati

Assalamualaikum....

Fuhh!! Hari ini memang terasa penatnya. Kawat kaki tak cukup 6 jam, petang ini tambah 2 jam. Huhu.....Well~ hari Sabtu pertandingan akan bermula. Peringkat Daerah tuh! First time niyh! Well~ timba pengalaman....Tapi...saya kan kawat kaki Pengakap, so we need kasut yang sesuai untuk kawat lah. Lagi-lagi ini pertandingan. Perlu ada disiplin, kekemasan, keseragaman dan macam-macam lagi lah. Majoriti kami hendak pakai kasut kawat, tapi tak semua anak platun ada kasut kawat itu. So, we need to by one.

Bila sudah sampai rumah jam 1:30 petang sebelum pergi ke sekolah semula pada jam 3:30 petang, saya sempat juga korek tabung. Ada RM 26. Hehee...bolehlah kiranya kalau nak beli kasut kawat itu. Katanya harga hampir RM 30. Well~ nanti cekaulah RM 5 daripada Mak. Kehkehkeh... Apapun, kalau boleh nak simpan lagi RM 26 itu. So, saya try minta ayah RM 20. Hmmm....hampeh~ banyak sangat alasan. Makin banyak alasan, makin dalam rasanya hati saya dikorek. Tak ada SUPPORT langsung!!! Yalah.....saya memang tak pernah dapat apa-apa support pun except dalam akademik. RIMASlah!!! Kadang-kadang rasa macam tak dihargai!!! Tapi what can I do? Even saya anak tunggal pun saya malas nak bising-bising, ngadu-ngadu, ngampu-ngampu niyh! Disebabkan ayah sudah KOREK HATI saya, akhirnya saya menitiskan air mata. Selama 16 tahun saya hidup, hanya dalam beberapa tahun sahaja saya diSUPPORT dalam apa yang saya lakukan. Dari 6 tahun hingga 9 tahun kot? Tapi yang paling jelasnya adalah 6&7 tahun. Saya masuk pertandingan mewarna, melukis, nasyid, saya disokong. Tapi sekarang? WHAT? Apa saya ini sudah dewasa sangatkah? Saya masuk kawat kaki ini pun bukan parents tahu. I know, mereka tidak akan peduli. Kalau saya beritahu pun, cuma kepada Mak. Itupun kalau dah 3 kali ulang pun tak dengar, tak ingat, saya malas nak ulang lagi. FINE!!! IT'S NOT IMPORTANT for you!!!

Tadi lepas kawat kaki, sebelum balik ke rumah, saya sempat tukar duit syiling yang bertimbun ini di kedai runcit. ALRIGHT!! RM 20 sudah ada di tangan. Ups! Jangan lupa RM 5 yang sudah berbulan terperap di dalam poket. Hehee...Now, I only need RM 5. Agak-agak kalau minta Mak lepas tak? HELLO~~~discount sudah jauh sangat tuh! Dari RM 20 ke RM 5. Yalah....apa ingat saya nak sangatkah susahkan my parents? Kalau boleh, saya tak nak pun.

Hmmm.....sekarang tabung saya sudah ringan~~~sedihnya......



Kronik

Memandangkan saya tak sedap hati berkenaan hal sebelum ini, saya mencari sesuatu untuk menjadi benteng supaya 'penyakit' ini tak menular dan menakluki sepanjang hidup saya nanti. Huhu...

Entry blog di bawah ini agak membantu.

MINDA KRONIK: CONTENGAN UNTUK PENGKID: Tiupan bayu April terasa lagi.Menghembus sejuk mengenai leher.Mata berkelip merenung keypad.Terasa nak menconteng blog pulak malam ni.=) Con...

Melarat ?

Assalamualaikum...

Saya tak tahu whether saya sudah buat salah or not. Saya baru sahaja follow blog ini. Tidak tahu 'MENGAPA'? Untuk 'APA'? Just want to follow. Adakah 'penyakit' saya sedang melarat??? Honestly, saya sendiri rasa tak sedap hati sekarang ini. Aahhh~~~ ...> <...

http://pengkidstory.blogspot.com/

Rindu


Lemah dayaku merenung kijar matamu...
ukir senyum di bibirmu lumpuhi jiwaku...
Bahagia...
duniaku seakan berbugar semekar merahnya sakura...
Namun sayang...
bagaiman bisaku bendung kesayuan itu?
kepiluan yang memaku hatiku?
Kasih...
rindunya aku padamu...
andai saja aku bisa mendakap kasih dirimu...
alang baiknya andai tanganmu dapatku genggam setulus taqwa...
Kasih...
sejauh manapun dirimu...
jejak kakimu tetap terkesan di tanah bersalju...
tetap berbekas hadirmu di hatiku...
Aku merinduimu...
sungguh merinduimu...
semakin rindu terasa kita semakin jauh...
Semakin rindu...
semakin cinta aku pada dirimu...




Pohonan

Kasih...
dingin ini membeku...
andai tiada daya bisa membunuh kalbu...
Berteduhlah...
berteduh di bawah pohonan ini...
aku sedia melindungimu...
tak kira dari terik mentari...
jika pun salju lebat yang menuruni...
Bersandarlah...
aku teguh berdiri demimu...
menjadi teman buatmu...
Ceritakanlah...
Luahkanlah...
bacakan isi hatimu padaku...
aku akan mendengar sehabisnya...
tanpa noktah...
tanpa koma...
aku tetap sudi mendengar...
Kasih...
aku adalah tempat untukmu berlindung...
aku jua tempat untukmu sandarkan segala keluhan...
Aku bukan pohonan sakura yang mudah menggugurkan bunganya...
tak kira musim...
sama ada dingin...terik...
aku tetap sama...
Tetap pohonan sakura milikmu seorang...

Hujan




Tatkala titis hujan itu menimpa telapak tanganku...
Terasa bagaikan air mata jatuh menghiba di ribaku...
Awan mendung yang meneduhi langkahku..
Seakan redup pandangan sepasang mata yang penuh kehampaan...
Gemersik rintikan hujan itu...
Menyerupai esakan tangis yang memilukan...
Sayu...
Hati menjadi sendu...
Alam seolah menangis kepadaku...



Hati

Hati...
kerana hati memakan diri..
kerana hati terluka iri..


Aku tak ingin melihat sakuraku meluruh layu sekali lagi...
kerana hati..
dayanya hilang lalu mati...


Aku tak ingin sakuraku menyuram di bawah mendungnya awan...
kerana hati...
indahnya hilang sama sekali...


Hati...
menjunamkan aku ke lembah duri...
mengurung aku di dalam sangkar sunyi nan sepi...


Hati...
aku tak ingin percaya lagi pada hati...

Pelengkap Sanubariku

Senyummu indah mempesona...
gemuruh jiwaku hingga tak terasa...
seakan pohonan sakura menyapa riang di senja hari...

Matamu seindah renungan langit yang meluas...
biruan yang tenang itu mengkucar-kacirkan batinku..
seolah ribut salju merimbun di dingin hari...

Di dakapanmu terasa nyaman ketenangan...
umpama himpunan sakura meluruh membelai...
bahagianya aku tak lekang di dada...

Sentuhanmu memujuk bekunya hatiku...
bagaikan salju mencair di kelopak sakura...
menitis menjadi embun membasahi jiwa...

Detak jantungmu menimbang cintaku...
geloranya sederas rindu menderu...
biar masa seakan terhenti tak ingin berlalu...

Bisik kalimah manismu mengusik batinku...
tak keruan terasa dek malu hatiku...
harap bisa ku dengari lagi kalimah manis itu...

Dicintaimu....Mencintaimu...
pelengkap sanubariku...
biarpun dingin salju membeku...
sakura tetap membugar segar di benak ku...

Bukan Mahuku

Hatiku membisikan harapan...
namun tegarku tentang sehabis lawan...
tak mungkin ku biarkan parut kembali berpaut...
membusuk kudis...

Harapan itu bukan mahuku...
doa tulus sesungguhnya itu kehendakku...
butakan hati...matikan akal...
jangan diperlihatkan padaku keperitan lalu...

Mengharapkan itu...
namun doaku ambillah dia milikMu...
hindari dia dari menjangkiti hatiku...
jauhkannya dari alam dunia hidupku...

Air Matamu


Andai embun pagi sudah cukup mendinginkan...
mengejutkan aku dari kehangatan khayalan...
apatah lagi air matamu...

Kasih,
dingin air matamu membeku pilu hatiku...
renung mata kuyumu menghunus sayu di hatiku...
Janganlah menangis...
jangan bersedih...
aku takut kelopakku tidak mampu menampung titis embun hatimu itu...
aku terasa rapuh melihat kesedihanmu...
terasa luluh daya dedahan kerasku...

Kasih...
usahlah menangis...
pilu hatiku semakin mengilu...
bersandarlah...
berteduhlah di bawah rimbunanku...
ku akan menemani hatimu...
sehingga pasti kau takkan menangis lagi...




Yang Teristimewa

Di saat pertama kali ku terlihat akan dirimu...
senja merah terasa segar bagai keheningan petang...
anehnya warna-warni pelangi menghiasi langit malam...

Renung mata indahmu mempesonakan...
sepertimana terpesonanya aku tatkala merenung buruj-buruj yang berkijar kerlip di langit malam....
terasa malam seakan sedang menghampiri subuh...
sunyi dan menenangkan...

Ukir senyummu menapak bahagia di benakku...
rembulan penuh itu terpancar seru bahagianya aku...
tercermin wajahmu di balik purnama itu...
tersenyum sendiri aku menongkah di jendela...

Kasih,
dirimu yang teristimewa...
menakluki hati tak kira siang mahu malam...
menyempurnai taman sakura membunga bugar nan segar...
luruh salju mengganti terbitan fajar...
cinta di hatiku sedang menumbuh liar...

Sungguh Rindu

Kasih....
sunggu rindu aku padamu...
terasa teramat jauh perantaraan kita...

Kasih...
rindu aku pada renung tatap indah matamu...
rindu aku pada ukir senyum pesonamu...
rindu aku akan bisik merisik hati putriku...

Kasih...
merinduimu itu lebih dingin daripada suanya salju....
merinduimu itu lebih meributkan daripada taufan malam...
merinduimu itu barangkali lebih memuaskan...
kerana aku tahu ada cinta buatmu di hatiku...

Doa

Tuhan...
butakan hatiku...
untuk tidak merindui dia....

Tuhan...
matikan akalku...
untuk tidak mengingati dia...

Tuhan...
gelapkan pandanganku...
untuk tidak melihat dirinya....

Tuhan....
sokongilah doaku...
biarkanlah bisik hatiku itu....
yang asyik mengharapkan dia....
dengarkanlah doaku,Tuhan....

Tuhan...
jauhkan dia dari hatiku...
hindarkan dia dari hidupku...

Berhentilah

Hati...
usah berharap lagi...
jangan biar luka mencalar padamu lagi....

Hati...
usah berdegil lagi...
jangan biar rintihan membanjiri dirimu lagi...

Hati...
usah mencintai lagi...
dia bukan kekasih hati...

Hati...
usah merindui...
dia bukan yang patut disambut kembali...

Hati...
terimalah hakiki...
hadapilah realiti...
dirimu harus sembuh daripada sakit kembali...
jangan mencintai lagi....berhentilah...

Cinta? It's not My Type~~

Assalamualaikum....

Semalam sebelum balik ke Kluang, saya sempat beli sebuah buku di Pusat Islam Johor setelah mendengar ceramah Ustaz Asyraf dan lunch di sana. Buku itu bertajuk Terimalah Pinanganku. Saya fikir buku itu berkenaan rumah tangga seperti cara-cara menghormati suami dan sebagainya atau mungkin cerpen-cerpen pendek berkaitan suami isteri. Tetapi apabila saya baca ringkasan di bahagian kulit belakang buku tersebut malah di muka surat pertamanya, ia menyentuh berkaitan percintaan. Madah-madah cinta dan makna percintaan?!! Saya terus tawar hati untuk meneruskan pembacaan. Di kulit belakang ada tertulis, "Cinta itu menyembuhkan." Ya. Mungkin. Mungkin benar Cinta itu menyembuhkan. Tetapi biarlah buat masa ini saya sembuh tanpa cinta. Biarpun sukar, setidaknya ia tanpa Cinta. Cukuplah adanya Cinta Allah s.w.t. bersama saya. Cukuplah ada Yesung untuk menjadi penawar saya. Cukuplah ada kawan-kawan untuk saya lupakan kedukaan saya. It's enough.

What's happening???

Assalamualaikum....

What have been happened to my blog actually?!! Hours ago, I lost several things that I had edited in my blog. That just weird. I was curious about something. Did there was a hacker on my blog? Ah! If that was true, you such a jerk!! Make myself in trouble!! FUCK!! BulSHIT!!!! Get that word!! You'll get the curse later in your life!! Aaarrggghhh !!

Comel Sungguh !!!

Cuba anda klik tajuk di bawah ^^

Everything Not Always Same: Kehadiranmu_Adeara KyQee: Nama sebenar beliau ialah Areara KyQee... Kewujudannya d dlm hidup Qeeta sgt special n melengkapkan hidup  Endeavor Qeeby .. kedua2nya merup...



Comel kan haiwan tue~~~~ geram !! Macam hamster comelnya. Tapi ini lagi comel. Mata dia bulat ! Eeeeee~~~~geram! geram! geram!

Lelaki-wanita

http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2011/07/setuju-dengan-pendirian-waheeda-wassini.html

Assalamualaikum....

Sudah klik link di atas? Itu artikel berkenaan bekas artis dan pelakon Wahidah bukan? Apa yang saya hendak sampaikan dalam entry kali ini ada kaitan sedikit berkenaan artikel tersebut. Di dalam artikel tersebut ada menyebut tentang lelaki yang berperwatakan perempuan bukan? Itulah yang hendak saya sampaikan sekarang ini.

Dalam artikel itu ada menyebut, Wahidah terbatal wuduk akibat tersentuh dengan rakan-rakan lelaki yang berperwatakan perempuan. Jadi, apakah iktibar daripada situ?

Itulah sebabnya haram bagi kita yang Islam mengubah fitrah kita. Jika sudah lelaki, sebaiknya teruslah berperwatakan lelaki. Jika perempuan, kekallah dengan sifat keperempuanannya. Namun kita tahu bukan. Ada yang diberi dua jantina. Itu bergantung kepada perwatakannya lebih kepada siapa? Sama ada wanita atau lelaki. Harap faham lah ya.

Ok. Berbalik soal lelaki yang berperwatakan wanita ini. Ada di antara mereka ini sengaja dibuat-buat, ada yang dikatakan semula jadi maksudnya mungkin dalam keluarganya semua wanita atau majoritinya wanita. Namun, seeloknya yang dibuat-buat itu usahlah diteruskan. Anda itu lelaki. Pemimpin kepada wanita. Bukan pengikut wanita. Harap maaf jika ada yang tersinggung. Saya menegur sahaja.

Bagi yang dikatakan semula jadi pula, biarpun anda lelaki yang berperwatakan wanita, janganlah pula menganggap bahawa diri anda itu seolah-olah sebenar-benarnya wanita. Anda dengan wanita yang tiada pertalian darah, mahram, ajnabi, tetap haram bersentuhan. Jikapun terpaksa, sebaiknya berlapik. Tidak boleh bersentuhan antara kulit dengan kulit. Anda sendiri lebih tahu bukan? Ingatlah, walaubagaimanapun anda tetap seorang lelaki. Biarpun pakaiannya berubah, make-upnya, anda tetap lelaki. Jika sudah berkahwin tetap digelar suami, jika mengetuai jemaah digelar imam, jika merupakan ketua kedua dalam keluarga digelar abang. Ingat. Di mana-mana pun. Anda itu tetap lelaki. Cara pengkapanannya pun nanti mengikut cara-cara pengkapanan lelaki. Nama yang akan disebut turut bersertakan 'bin'. Dosa yang anda tanggung, tetap dosa-dosa isteri dan anak-anak. INGAT! Anda itu lelaki selamanya.

Seperti yang kita tahu, yang kita sedar, kita sedang menghampiri dunia akhir zaman. Tanda-tanda kecilnya, antaranya ialah kaum wanita semakin ramai manakala kaum lelaki semakin berkurangan. Jadi usahlah anda 'menambahkan' lagi kaum wanita ini. Oleh itu, dinasihatkan berubahlah wahai lelaki pemimpin wanita! Bermula dengan niat dan berubahlah secara perlahan-lahan. InsyaAllah...Anda akan berjaya. Selagi kubur belum menjemput, masih belum terlambat. Berubahlah. Dan bangkitlah sebagai lelaki yang akan memimpin wanita-wanitamu ke jalan yang benar. InsyaAllah....

Kiri ke Kanan ???


Assalamualaikum....

Waaaaaaahhhh.....saya join platun kawat kaki untuk pertandingan kebangsaan lah. Hehee...Sudah lama tak kawat kaki, belakang sakit-sakit jadinya. Tapi best!! Untuk pengetahuan, saya ini Unit Beruniform Puteri Islam tetapi kawat kaki yang saya join ini adalah kawat kaki secara sukarela. Di pertandingan nanti, kami akan memakai uniform pengakap. Alamak ! Saya masih tidak dapat membayangkannya. Hikhik... Lagi satu, hari ini ialah 1st daya saya join kawat kaki ini. So, it's quite weird bila kita jalan mula dengan kaki kiri. Semuanya dimulakan dengan kaki kiri. Padahal saya yang Puteri Islam ini sudah terbiasa dengan kaki kanan. Bak kata, lebih afdhal. Ya tak? Huhu... Apapun, antara dugaan dalam kawat kaki. Saya mesti mengatasinya!! Ingat!! It start with LEFT side NOT RIGHT side !! Hihihi....Okeylah. Itu saja yang hendak di share. Assalamualaikum.....




Mangsa


Aku
dahulunya seorang pencinta
dan terus mencinta
kemudiannya kecewa
nan terseksa.

Aku
dahulunya kelam-kabut dalam kesuraman
dan kedinginan dalam kepiluan
kemudiannya keseorangan
nan kesunyian.

Kini aku bukan pencinta
malah tidak mampu mengaguminya
tidak lagi...
tidak kali ini.

Jangan kata sehiris luka hanya pedih
bagai digigit serangga.
Jangan sangka parut dahulunya
tidak mengingatkan pada kehitaman semalam.
Jangan fikir memori tidak mampu membawa trauma.

Aku bukan lagi seorang yang sedang CINTA. Tetapi seorang yang sedang PERCAYA.
PR0M15E T0 
13
ELIEVE !!!



Invisible & Visible

Assalamualaikum...

Ehem ! Mahu tahu tidak kenapa blog description saya, "Invisible doesn't means don't exist. PR0M15E T0 BEL13VE!!"? Of coz saya terfikirkan SUPER JUNIOR pada waktu itu. Bukan 9, tetapi 13. Saya ada terbaca sebuah komen di CME (http://www.facebook.com/groups/310217812324777/), tulisannya lebih kurang berbunyi begini, "....visible in eyes..." kot? Saya pun tidak ingat. Yang saya ingat ada perkataan 'Visible'. Betul lah apa yang dikatakan itu. 9 oppa berdiri di atas stage tetapi lagi 4 orang yang tiada masih jelas di mata ELF. Super Junior bukan 11, bukan 10, bukan 9, bukan 15, tetapi 13. Dengan berjumlah 13 lah mereka lebih HEBAT, lebih GEMPAK, lebih COOL, lebih HANDSOME, lebih STYLISH, lebih. . . . . macam-macam lagilah. Huhuhu....Yang pastinya, selamanya 13. PR0M15E T0 BEL13VE !!








P/S : Hari ini ada SHOWDOWN 2012 di TV 8 ! Jangan ketinggalan ya !! Hahaha...

Anak Malaysia

Assalamualaikum...

Hmmm....saya baru perasan yang background blog saya ini ada bunga raya. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia bukan ? Huhu...5 kelopak mewakili 5 rukun negara.

1. Kepercayaan kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-undang.
5. Kesopanan dan kesusilaan.

Cakap pasal '5'? Jangan lupa juga 5 rukun Islam. Hehee...

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Menunaikan solat lima waktu.
3. Berpuasa di bulan Rmadhan.
4. Mengeluarkan zakat.
5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Okey. Blog saya sudah ada unsur-unsur patriotik! Hahahaha.... Bukan patriotik saja. Unsur perpaduan pun ada. Ada 2 jenis unsur perpaduan di sini. Iaitu warna biru yang merupakan antara warna bendera Malaysia kita iaitu Jalur Gemilang yang mewakili maksud perpaduan.

Tak lupa juga, warna biru ini juga lambang perpaduan ELF !! Hee~ Warna biru adalah warna wajib yang patut ada pada seseorang ELF. It's BEAUTIFUL right?!!! I LOVEeeeee BLUE. Kalau peribahasa Inggeris Blue Blood bermaksud keturunan di raja? Then bagi ELF, Blue Blood is the colour of our blood. We proud to have it !!! We're different but we're all same when we're together. Such an amazing world don't it? Hmm... Biru sememangnya warna tetap pilihan saya. Dan Malaysia sememangnya satu-satunya tempat tumpahnya daraku. Walaupun saya lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Huhu... Just kidding. Okeylah. Sampai di sini saja. Bye.

Si Buta yang Celik

Aku si buta yang celik
terpuruk dalam haluan kegelapan
tergopohan mencari sinar cahaya
namun asyik jatuh dan terluka

Aku si buta yang celik
hadirmu di saat aku kekaburan
pedih mata menahan kesedihan
seksa hati menanggung penderitaan
lalu kau mendakap aku dalam pelukan

Aku si buta yang celik
pimpinanmu membawa aku menemui sinar cahaya
belaianmu menyembuh luka
memperlihatkan aku kepada tangga kebahagiaan
kita bersama.



Kim Jong Woon....

Berikan Aku


Berikan aku
sesuatu yang ada padamu
tetapi tidak padaku

Berikan aku
secangkir kebahagiaan
yang selama ini asyik berderai bersama tangisan

Berikan aku
sebuah kota perjanjian
yang tidak mungkin engkau mungkiri
dan tak usah aku ternanti-nanti

Berikan aku
seagung cinta
yang takkan pernah aku ratapi.



Kim Jong Woon....



Kegilaan

Assalamualaikum....

Sebelum kita masuk topik 'Kegilaan' ini, mari kita Rakyat Malaysia ucapkan Daulat Tuanku kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim. Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !!  

Okey. Sekarang kita masuk topik kita. Sekarang ini saya mempunyai kegilaan saya. Bukan FB, bukan Twitter. Tetapi Blog, Blogger and Blogging. Saya sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat spend time dengan blog saya. Ada saja yang nak dibuat. Kalau tak ada pun, tetap buka. Tongonglah tu. Saya suka sngat spend time dengan blog saya ini sampai tak ingt homework. Serious. Hahahaha... Tengok sekarang. Baru ja minggu lepas tukar layout. Hari ini tukar lagi. Yang penting ini buatan tangan sendiri taw. Hihihi... That's why saya sayang sangat dengan blog saya ini. Saya suka dengan hasil kreativiti yang saya hasilkan. I LOVE MY BLOG !! Huhuhu... Okeylah. Itu saja nak cerita. Assalamualaikum....

Good Morning, SweetHeart

Assalamualaikum...

Pagi tadi sebelum pergi sekolah rancang hendak buka twitter. Entah kenapa rasa macam nak wish Good Morning dekat SweetHeart saya, Yesung oppa~ Heheee...Tapi bila dah enter link, Gyyaaaaaaaa !!! JAHAT !!! Loading lama sangat !!! Saya refresh sampai tiga kali. Huh~~ Memandangkan lagi 10 minit hendak jam 7 pagi, terpaksalah lepaskan sahaja. FRUST juga !!! Hahahahaha....Alamaklum....sudah lama tak tweet kepada Boyfriend saya itu. Penat saja sejak malam semalam perah otak fikirkan apa yang hendak di tulis. Antaranya,

"Good Morning, SweetHeart."
"Good Morning, Dear. Have a nice day!"
"Another bright day for me!Good Morning." (Another bright day for me because there is my CLOUD. Huhu...)

Hahahaha...lawak jalah Farahin ini. Hihi...Okeylah. Ini ja yang hendak dibebelkan. Hikhikhik...Assalamualaikum.

I'm editing my BFF blog~ hehee....

PR0JECT F0R LEETEUK

Assalamualaikum....

I got this on FB long time ago. Last month. It's my fault don't copy+paste it as document or note. I just looked for it. To make me more easier to find it for this tonight, i post it here ! This is for all ELF also ! 

"PROJECT FOR LEETEUK

ELF ALL AROUND THE WORLD LISTEN UP!! Let us all tweet this to Leeteuk (@special1004) at 12KST of 10/04 till the end of the day! "박정수, 님이 눈물 지으시면 모든 팬덤도 같이 눈물 흘린다는 사실 아세요? 그래서, 울지 마세요, 우리는 당신을 기다릴 게요! 한 모든 것에 정말 감사합니다! ♡"! It means "Park Jungsoo, do you know that when you cry, the whole fandom cries with you? So, don't cry, we will wait for you! Thank you for everything that you've done! ♡"! Let's all flood his mentions with these meaningful words & let him know how important he is to us & how much we love him okay!
 
I hope that every ELF here on twitter will help spread this message & join us in this project. And also, if possible please don't tweet him any other things so that his mentions would be filled with our message to him as ELF & hope that he will see it! THANK YOU SO MUCH & I HOPE THAT THIS WOULD BE A SUCCESS!!"


NOTE : I post an entry with pic without title, I'm editing my blog~hehee...

BirthDate In Islamic Calendar

Assalamualaikum...

I just remember that Aznie had asked me to check on her birthdate in Islamic Calendar. So, I found this web ! http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp via : cikmin.com . So, you can check on for your birthdate also ! Huhu...

Me : 24th Sya'aban 1416/ 15th January 1996-Monday
Aznie : 25th Ramadan 1416/ 14th February 1996-Wednesday
Farrah : 19th Jamadil Awwal 1416/ 1st October 1996-Teusday
Raidah : 22nd Jamadil Akhir 1416/ 3rd November 1996-Sunday

hmmm....soon will be Farrah's BirthDay !! :D

And...
I started did something that quite out of the topic ,
hehee...

Yesung : 16th Zulkaedah 1404/ 28th August 1984-Friday




Kim Jong Woon atau Kim Hyun Joong ?

Assalamualaikum....

Hari ini saya dan Nur Farrah Farhana serta Nuraznie dan Raidah Adibah telah meyertai Pembentangan sempena Minggu Sains & Matematik di sekolah. Totally, presentation saya dengan Farrah tunggang langgang. Hahahaha...Tapi rezeki datang daripada Allah s.w.t dan kami dapat No.2. Agak pelik dan sukar untuk dipercayai. Tetapi itulah keajaiban kuasaNya Yang Maha Esa. Huhu...

So, selepas perbentangan keempat-empat kami selesai. Nur Farrah Farhana membuka laptopnya. Alamaklum, mentang-mentang ada novel dalam laptop dia, Si Nuraznie pun tak menyempat-nyempat nak membacanya. Hihihi...Jadi semasa Farrah buka laptop dia, it need a password. Then, saya nampak macam ada gambar Kim Hyun Joong dekat skrin. Seriously, memang Kim Hyun Joong. Saya kenal muka itu. 'Ex' saya tuh...kekekekekeke.... Tapi bila nak bertanya . . . . "Eehh~~ Kim Jong Woon eh tu?". LOL~ secara spontan saya tersebut nama Yesung oppa. Seriously, tak terniat pun nak sebut. Saya tak tahu macam mana hal itu boleh berlaku begitu sahaja. Even saya pun tak pernah tersasul nama ex saya dulu. Tak pernah sebut tanpa niat. Yah~ I realized...That he is the special one. Kim Jong Woon. Hikhikhik.... Hal nie tak ada lah pelik sangat. Just teruja nak share. Hohhoo...

Apa kata Bible tentang Islam ?

Assalamualaikum....

saya online FB saya. Then my partner aka my BFF share one link about lencana pengakap Malaysia yang berbentuk bunga lili persis dengan lambang Fluer-lis iaitu lambang orang kristian. Then, terdetik di hati saya untuk ambil tahu serba sedikit tentang Bible. It's not to ruin my akidah but I just wondering what do they believe actually? What had been written in Bible? At first, saya tak tahu nak cari apa? Tajuk apa? Ada banyak tajuk nampaknya. So, saya terfikir untuk cari ini. Saya tulis pada search bar ..... 'The truth in Bible about Islam'. Saya nampak link ini, http://www.prophecyandtruth.com/islam/?gclid=CP_Pk4rSoq8CFQ566wod7miyWw . Saya klik. Nampaknya, artikel ini terlalu panjang. Dan dalam bahasa Inggeris. Tak lupa juga, bahasa Inggerisnya agak canggih. *Tak faham pun still tak mengaku kan....Hahahaha...* So, saya translate di google. Copy+Paste sebagai document. Nampaknya, dia ada menyentuh tentang Rasulullah s.a.w kita, Imam Mahdi dan banyak lagi. Anda juga jemput-jemputlah baca ya.

Sebagai Islam,
kita wajib membenci, mengkeji dan menghindari AGAMA KRISTIAN.
Tetapi sedarilah, bukan mereka juga perlu kita benci.
Kalau kita benci mereka, keji mereka, hina mereka,
bagaimana mereka hendak melihat sinar Islam?
Rsulullah s.a.w sendiri berbudi dengan orang yang bukan Islam kan?
Ingatlah,
kita Ahli As-Sunnah Wal Jamaah.
Kita pengikut sunnah para nabi dan rasul.
Kita menteladani sifat baik dan murni mereka bukan.
Jadi,
sememangnya tanggungjawab kita untuk berdakwah.
Bukan berdakwah itu bermaksud kita perlu tunggu kita tahu segalanya baru hendak berdakwah.
Tidak....
Berkongsilah apa yang kita tahu.
Even kalau anda memberi nasihat yang ada unsur-unsur keIslaman pun boleh dikatakan berdakwah.
Bukankah berdakwah itu menyampaikan ilmu? Menyampaikan perkara-perkara yang baik? Kan?
Tambahan,
sebenarnya mereka ini adalah manusia yang memerlukan bantuan, bimbingan malah belas kasihan serta kasih sayang.
Selagi mereka tetap dengan jalan yang salah itu, selagi itu senarai mereka sebagai calon ahli neraka tidak terpadam bukan?
Sesungguhnya sifat terlalu mementingkan diri itu adalah sifat yang boleh dikatakan keji.
Jangan sombong, jangan angkuh kerana kita adalah Islam dan mereka bukan Islam.
Sebaliknya, kita seharusnya bangga kerana kita adalah Islam dan untuk menunjukan rasa bangga itulah kita menteladani sifat-sifat murni para rasul, nabi dan sahabat.
Dan sememangnya sifat berkasih sayang, bantu-membantu, hormat-menghormati dan sebagainya itu termasuk dalam sifat-sifat murni itu.

Oleh itu, sayangilah mereka, bantulah mereka supaya mereka dapat melihat sinarNya dan Islam di suatu masa kelak.
Walaubagaimanpun, hormati jugalah mereka. Jangan mengkeji, menghina agama mereka di hadapan mereka sehinggan boleh menyinggung perasaan mereka dan mencetuskan perbalahan.
Bukankah Rasulullah s.a.w menyuruh supaya kita menjaga hubungan sesama manusia?
Tambahan, Islam itu tidak memaksa.
Islam memerlukan keikhlasan, kesanggupan jika benar seseorang itu mahu memeluk Islam atau mahu mengenal Islam.
Jika tiada keihlasan dan kesanggupan, tiada gunanya.
Segala nasihat atau ilmu yang dikongsi tidak akan memberi apa-apa kesan pun.

Baiklah, sampai di sini sahaja untuk entry ini. Sekian. Assalamualaikum....

.أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
I bear witness there is no God but Allah and I testify that Muhammadthe Messenger of Allah.
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah.