Adakah diri ini terlalu kesunyian ?
Biarpun banyak yang menyayangi diri ini ?
Mengapa masih mengharapkan lelaki ?
Usia muda ini tidak pantas bermain api,
Tidak serikkah sudah lecur separuh hati ?
Mengapa kerap kali membayangkan lelaki ?
Mengapa kerap kali mengharapkan pelukan ?
Mengapa harus mengharapkan belaian dan kusapan ?
Adakah diri ini terlalu kesunyian ?
Atau bisikan syaitan yang sedang bergelora ?
Mengapa mesti mengharapkan lelaki sehebat itu ?
Di dunia ini tiada pahlawan mahupun wira,
Semuanya cuma lelaki biasa,
Yang juga bisa menghampakan dan mengecewakan,
Tiada yang sempurna....
Bagaimana agaknya aku bisa berhenti daripada berkhayal ?
Semua ini cuma akan menjerumuskan aku
ke lubuk kesunyian yang lebih dalam.
Di dunia ini tiada lelaki sehebat itu,
Kenyataannya...
Tiada yang sempurna.
No comments:
Post a Comment