"Tatkala malam pandanganku kabur
segala benda segala perkara
tidak jelas di pandanganku yang jauh
yang jelas hanya tampak dirimu
kerna hanya engkau yang ada dekat padaku
Tatkala aku mendongak ke langit malam
tiada bintang dapatku lihat
biarpun ia ada di situ
yang jelas di pandanganku hanyalah bulan
walaupun ia jauh berbatu
namun cahaya dan bentuknya
cukup jelas dapatku lihat
seperti engkau yang tak pernah kabur di pandangan."
"Tatkala kau dan aku mendongak ke langit malam
memerhati bintang dan bulan
padaku hanya satu bintang yang berkijar terang
yang sering bersinar tak kira malam mahupun siang
Dirimulah bintang itu.....
Bintang yang selalu menemaniku
bintang yang memberi aku semangat
bintang yang rela berkorban untukku
bintang ini jugalah.....
yang memberi aku cinta
Bintang ini digemari ramai
mungkin aku juga sebahagian dari golongan itu
kerana itu cukup sukar untuk aku mencintaimu
kerana engkau adalah bintang yang telah dimiliki
Salahkah aku menyukaimu?
bolehkah aku mencintaimu?
wahai BINTANG yan berada di sisiku....."
INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful
'Go Mi Nam & Hwang Tae Kyung
sedang duduk di bangku di bawah
sebuah pokok yang rendang'
(EPISOD Hwang Tae Kyung dikejar oleh seekor khinzir)
No comments:
Post a Comment