Namamu semakin kerap dibisikan hati ini
persoalan demi persoalan
tidak inginku jawab
kejujuran dalam pengakuan
tidak mahuku akur
Entah kenapa?
entah bagaimana?
diari hati mula melonggarkan kunci
pena hati mula menegakkan mata
perlahan-lahan terukir namamu di situ
Bagai zikir hati mencari jawapan pasti
barangkali sudah ditemui jawapan itu
namun tetap aku nafikan kenyataan itu
kerna aku tak ingin terkejar-kejar lagi
aku sudah lelah.....
Siapakah kau yang tercoret di diari hati?
sipakah kau pria yang bertamu bersemi?
mungkin telahku dapati jawapannya
namun tetap takkan aku akui
biarkanlah hati ini terus membisikan namamu
memenuhi muka-muka diari hatiku.
hati yang lelah, tapi waktu tak pernah mau tahu...
ReplyDeleteSinGGah mEnatap Catitan Kat sini.. TeriMa Kasih SinGGah Kat Blog SYaf..
ReplyDelete