Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Novel Pendek: Kita Punya Date (Bhg. 1)

Posted by ELFarahin | On January 30, 2016 | |
Assalamualaikum...


Taram sajalah labuu. Malas nak edit cover. Tapi nak juga cover. Jadilah begitu akhirnya. Recently, I bought that ring. Super Junior. Hehehe. Dah lama tak mengarang nih. Silakan baca! Jangan lupa komen tahu ^^

APA perasaannya apabila kau akan berjumpa balik dengan orang yang dah lama kau tak berjumpa? Apabila orang itu sendiri yang ajak berjumpa, apa perasaan kau? Apabila orang itu pernah jadi yang teristimewa bagi diri kau. Dan orang itu jugalah yang pernah membuatkan jiwa kau sengsara. Tetapi kau tak pernah menyimpan perasaan benci terhadapnya. Sedikit pun tidak ada.
      "Ehem." Aku berdehem. Bukan sebab tekak kering. Tetapi sebab aku tak tahu bagaimana patut aku menyapanya.
  Dia menoleh ke arah aku. Ketika itulah mata kami bertentangan. Mata yang dulunya aku harapkan supaya memandang diriku sedang memandang ke arah aku sekarang.
  "Hai!" Aku mengangkat tangan sambil menguntum senyum. Kekok sebenarnya nak berhadapan dengan dia. Sebab tak nak biar kantoi, senyumlah aku selebar-lebarnya asal tidak dicop sombong.
  "Lambatnya kau. Nasib baik aku tak kena culik. Awek lalu-lalang kat sini asyik jeling aku aje."
  "Sorry ler brader. Hehe..." Aku menyengih. Alahai. Lambat 10 minit pun dia membebel. Dia tak tahu aku lambat sebab intai dia dari jauh tadi. Asyik mengintai, tahu-tahu sahaja 10 minit dah berlalu. Nampak sangat penyakit 'stalker' aku belum sembuh sepenuhnya.
  "Bila masa aku abang kau? Dah. Jom!"
"Eh! Nak ke mana?" Yalah. Dia yang ajak jumpa. Aku tak pasti apa rancangan dia. Tetapi aku setuju juga untuk berjumpa dengan dia. Sekadar mencuba. Bukan selalu aku dapat keluar dengan lelaki.
  "Makan. Stress tunggu kau. Buat aku jadi lapar aje."
  "Sorry...sorry. Tapi kenapa kau tak pergi makan sementara tunggu aku tadi? Tak pun kita jumpa aje kat kedai makan."
  "Kalau aku pergi makan sendiri, buat apa aku ajak kau keluar? Dah. Jangan banyak cakap. Aku belanja."
Dia berjalan mendahului aku. Aku boleh bau wangian yang ada pada dia. Tak kuat mana baunya. Masih boleh aku yang alah dengan wangian bertahan.
  Dari belakang aku boleh nampak bahunya yang lebar, kakinya yang panjang serta gayanya berjalan. Berbezanya dia yang kini berbanding lima tahun yang lalu. Aku senyum.
  "Apa yang kau senyumkan?"
  "Eh! Siapa? Aku? Mana ada." Kantoi! Kalau dia dah nampak tu tak apalah aku nafikan. Sesiapa yang berada di tempat aku sekarang pun pasti akan menafikan. Tak sanggup menahan malu.
  "Hmm. Suka hati kau lah. Tapi janganlah jalan belakang aku. Kalau kena culik, aku juga dapat masalah."
  "Yalah. Baik, tuan muda. Saya menurut perintah." Aku berjalan menghampirinya lalu kami berjalan beriringan. Jarak di antara kami cuma beberapa inci sahaja. Ini pun dah dikira dekat sangat. Aku jadi berdebar-debar.
  "Parent kau tahu tak kau keluar dengan aku ni?"
  "Tahulah. Aku siap beritahu nama penuh kau lagi." Tipu! Kalau aku beritahu mak ayah aku, tak akan adanya aku di sebelah dia sekarang. Boleh jadi diikat di tiang masjid yalah. Kemudian gantung papan tanda di leher dengan tulisan 'Nikahi aku'. Jangan lupa tanda seru di hujung ayat.
  "Ingat lagi kau nama penuh aku ya. Jangan kau sabotaj tulis nama aku dalam sijil nikah sudah."
  "Tolonglah. Aku ada standard aku sendiri." Gila! Dia lupa ke yang aku pernah pendam rasa terhadap dia sebelum ni? Boleh lagi dia sebut aku letak nama dia dalam sijil nikah? Tak boleh! Tak boleh! Muka aku rasa panas semacam! Dia ni kan!
  "Oh...ye ke. Bukan aku ni lelaki ideal kau ke?"
  "Hello, mister. Itu berkurun punya cerita. Citarasa aku dah berubah. Maaflah mengecewakan." Tak boleh! Kenapa dia selamba sangat? Cara dia bercakap macam tiada sejarah hitam di antara kami. Tak! Mungkin aku seorang sahaja yang fikir kami ada sejarah hitam bersama. Bagi dia itu cuma perkara biasa ketika di awal remaja.
  "Okey juga kalau ada yang lebih baik daripada aku. Tak payah aku risaukan kau."
  "Terima kasihlah sebab risaukan aku." Apa maksud dia? Dia risaukan aku? Tak. Mungkin dia cakap saja-saja. Tetapi cara dia bercakap tu...apa perasaan sebenar dia? Gembira? Kenapa aku rasa macam ada maksud yang mendalam di sebalik apa yang dia cakapkan tu? Ah! Mungkin aku yang terlampau jauh berfikir.
  "Sini. Kita makan kat sini."
  Kami berhenti di hadapan sebuah kedai makan. Elok sahaja tempatnya terletak di selekoh simpang tiga. Memang strategik.
  "Okey."
  Kami melangkah masuk ke dalam kedai makan tersebut. Bersih. Hiasan dalamannya pun tidak melampau. Kelihatan potret dan lukisan warna-warni berbingkai tergantung di didnding. Nampak klasik dan artistik.
  "Kau pernah makan kat sini ke?" Sengaja aku bertanya. Dari tadi asyik dia sahaja yang mulakan perbualan. Biarlah giliran aku pula.
  "Pernahlah beberapa kali. Lepak dengan kawan-kawan. Boleh tahan juga masakannya?"
  "Kawan aje? Awek?" Klise punya soalan. Sesiapa pun mesti tertanya-tanya. Lelaki kacak dan bergaya macam dia mustahil tiada yang mendampingi. Aku yang cuma memendam rasa pun boleh bertahan bertahun apatah lagi teman wanitanya.
  "Kau."
  Sentap! Tolonglah jangan selamba sangat pak cik oi! Berapa kali kau nak serang jantung aku macam ni? Sedarlah sikit aku ni siapa, kau tu siapa. Kejap. Siapa kami? Kawan, bukan. Pasangan bercinta, pun bukan. Tak ke itu bermakna...kami berjumpa tanpa tahu apa hubungan kami? Aduhai. Kenapa aku rasa macam bodoh sahaja fikirkan semua ini?
  "Jangan salah faham. Maksud aku kau perempuan pertama yang aku ajak makan kat sini."
  "Hah! Tak kuasa aku nak salah faham. Aku cuma memahamkan apa yang kau cakapkan. Itu aje. Kau pun tahu, aku ni kadang-kadang lembap sikit." Lembap! Sekolah dahulu kelas aku yang pertama. Jadi kelas pertama ini pelajarnya lembap belaka ke semua? Apa yang aku mengarut ni! Kenapa aku gelabah tak tentu pasal? Ish!
  "Selamat datang ke kedai kami. Boleh saya ambil pesanan?" Datang pula seorang pelayan lelaki.
  "Saya pesan mi kerang goreng dengan milo ais. Kau?"
  "Erm...saya nak mi rojak dan teh O ais."
  Hmm. Jadi minuman kegemaran dia masih Milo Ais. Tak. Mungkin juga dia sengaja pesan Milo Ais. Alahai. Pasal minuman kegemaran dia pun aku nak sibuk. Biarlah dia nak minum apa sekalipun. Bukan hal aku. Minta ambil iktibar lagu yang Kaka dan Aliff nyanyikan tu.
  "Lepas ni kita nak ke mana?" Dia bertanya.
  "Ikut kaulah. Aku tak kisah ke mana pun."
  "Kau ni mesti tak pernah keluar dating kan."
  "Maksud kau?"
  "Yalah. Kalau orang yang pernah keluar dating mesti dah boleh fikir apa nak buat, nak pergi mana. Kau ni blurr blurr lagi."
  "Amboi...Sedap kau mengutuk aku. Kau nak cakap kau dah cukup asam garam bab dating ni ke?"
  "Maaf menunggu. Ni minuman yang dipesan." Datang lagi pelayan tadi dengan minuman yang kami pesan. Terhenti sekejap perbualan kami.
  "Terima kasih." Ucap aku sambil senyum. Pelayan itu turut membalas senyuman aku sebelum beredar.
  "Flirting nampak." Dia menyindir pula.
  "Orang senyum aje lah. Apa salahnya senyum. Dapat pahala tahu." Ish, dia ni! Tak cukup buat aku sakit jantung. Sekarang buat aku sakit kepala pula melayan ayat-ayat menyindir dia.
  Teh O Ais aku sedut menggunakan penyedut minuman yang telah disediakan. Lega tekak apabila dibasahi Teh O Ais. Makin terbuka luas selera aku untuk merasa Mi Rojak yang aku pesan. Sudah lama tidak makan Mi Rojak.
  "Kalau aku ajak pergi hotel, macam mana?"
  "Uhuk!" Aku tersedak. "Gila! Jangan main-mainlah." Kenapa! Kenapa! Kenapa dia tak sudah-sudah buat aku tak keruan begini?
  "Kalau aku tak main-main, takkan betul-betul pula. Atau kau memang nak pergi hotel dengan aku?"
  "Tak nak! Kau tak ajak pun, aku tak nak! Tak nak tahu!" Sungguh-sungguh aku menolak sambil buat tanda pangkah dengan tangan.
  "Ha ha ha ha..." Dia ketawa. Sejak kami mula berjumpa tadi, inilah kali pertamanya dia ketawa. Lama sungguh aku tidak melihat dan mendengar tawa itu. Gembiranya dia membuatkan aku ikut berasa gembira.
  "Ketawalah. Ketawa puas-puas. Daripada main-main macam tu." Aku tarik muncung pancang. Muka sahaja ketat. Tetapi hati berkibarkan jalur gemilang melihatnya ketawa.
  Tidak lama kemudian pelayan yang sama datang lagi bersama Mi Kerang Goreng dan Mi Rojak kami. Aku senyum lagi kepada pelayan tersebut. Dia menjeling ke arah aku. Menyindir dalam diam namanya. Memanglah 'Action speaks louder than words'. Aduhai. Kenapa aku tidak pernah nampak nakalnya dia ketika di sekolah dahulu?



p/s: terima kasih sebab baca sampai habis! Lepas ni sambung Bhg. 2 pula ya. hehe





No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin