Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kawan Itu...

Posted by ELFarahin | On August 31, 2012 |


Assalamualaikum...
Straight to the point! Anda pernah berasa bosan kerana mempunyai kawan tak? Erm..Farahin pernah. Actually, bukan Farahin bosan dengan kawan-kawan Farahin. Tetapi Farahin bosan dengan diri Farahin sendiri yang bagi Farahin adakala seakan membosankan kawan-kawan. Huh...

Tahu tak? Pasti anda sudah tahu malah lebih tahu daripada Farahin bahawa kawan itu samalah seperti peneman. Tetapi for me, kawan bukan sahaja peneman. Malah kawan juga merupakan cabaran, dugaan, ujian buat kita. It's up to ourselves untuk menerima kawan sebagai apa? Kawan boleh menjadi sebagai individu yang akan membuat kita berasa dipersendakan dalam diam(tersirat). Kawan boleh menjadi sebagai individu yang akan membuat kite berasa tercabar dan terdorong. Ia adalah terpulang kepada kita untuk menkelaskan kawan kita sebagai apa.

Farahin maybe mudah berasa tercabar dengan kawan-kawan. And tidak kurang juga berkecil hati. Melihat kelebihan dan kebolehan kawan-kawan yang tidak ada pada Farahin sedangkan Farahin boleh memperoleh kelebihan dan kebolehan tersebut, I just feel too humble and stupid. Disebabkan itu Farahin lebih suka memencilkan diri ataupun menidakwujudkan diri Farahin dikalangan mereka biarpun Farahin ada bersama mereka.

Bagi Farahin, kawan-kawan adalah pengaruh terbesar dalam kehidupan Farahin. Mereka mampu mempengaruhi emosi, hati, fikiran malah tindakan Farahin. Mereka sentiasa hebat bagi Farahin. Dan Farahin sentiasa bercita-cita hendak menjadi sehebat mereka. Akan tetapi, me is me. Entah kenapa? Farahin merasakan menjadi diri sendiri adalah suatu kelemahan yang terbesar dalam kehidupan Farahin. Menjadi diri sendiri bagaikan pemisah antara Farahin dan kawan-kawan. Menjadi diri sendiri bagaikan pemusnah hubungan antara Farahin dan kawan-kawan.

However, I can do nothing. Even sometimes I HATE myself which sometimes make me HATE my friends, I just have to be myself. The real me. Inilah dunia. Tidak semua dapat menerima kita seadanya termasuklah diri kita sendiri. Tetapi yang lebih mengharukan, Allah S.W.T sentiasa menerima kita walaubagaimanapun rupa dan perlakuan kita. Buktinya, biarpun jika kita seorang perogol Allah S.W.T masih menerima kita untuk kembali ke tanahNya. Biarpun jika kita seorang pelacur Allah S.W.T masih melindungi kita. Biarpun kita kekurangan Allah S.W.T sentiasa menghargai setiap kebolehan yang ada pada kita. Tetapi manusia? Tidak semua di antara mereka memiliki sifat-sifat murni yang dimilikiNya.

Dalam kehidupana manusia sentiasa ada perbandingan. Cantik dan hodoh. Pandai dan bodoh. Baik dan Jahat. Namun cuba pula kita melihat dalam sisi perbandingan antara manusia dan Allah. Tiada cantik mahupun hodoh. Tiada pandai mahupun bodoh. Tiada yang baik mahupun jahat. Yang ada cuma '...lebih ___ daripada...'. Allah S.W.T mengangkat darjat manusia dengan tidak mempersendakan atau mencaci hina mereka. Kita mungkin cantik. Tetapi Allah S.W.T lebih cantik daripada kita. Kita mungkin baik. Tetapi Allah S.W.T lebih baik daripada kita. Allah S.W.T tidak memiliki apa-apa kekurangan. Tetapi kita(manusia) memiliki lebih kekurangan daripada Allah S.W.T. Allah S.W.T tidak pernah sesekali menghina kita melainkan kita sendiri yang telah menghinaNya. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak layak dihina dan dicaci. Apatah lagi, diada-adakan kekurangannya sedangkan Dialah Yang Maha Berkuasa.

Akhir kata, ia bergantung kepada kita siapakah kawan bagi kita. Jika memang merekalah punca-punca negatif yang dialami kita, sedarilah bahawa mereka juga sumber-sumber positif yang dapat kita perolehi. Contohnya, mungkin kita berasa cemburu jika kawan kita itu seorang cantik. Tetapi atas sifatnya yang merendah diri ia secara tidak langsung dapat menenangkan diri kita yang berasa hodoh di sampingnya. Kawan mampu memberi tanggapan buruk dan baik terhadap diri kita. Mereka umpama hati dan akal kedua kita. Jika kita tidak akur dengan hati dan akal sendiri, kita pasti akan akur dengan hati dan akal mereka.


"Jika perasaan SAYANG itu melebihi perasaan BENCI, sekaligus KEMAAFAN itu sentiasa timbul di hati."



READ MORE

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Posted by ELFarahin | On August 31, 2012 |

Assalamualaikum...
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Hah! Complete 7 kali seru. Hahaa...Happy National Day Malaysia! Wah! Farahin bangga menjadi warga negara Malaysia. Malaysia aman, harmoni malah berwawasan. Even Farahin sendiri tidak berminat dengan pembangunan yang terlalu terlampau pesat. Ergh! Sakit mata, sakit lagi hati. Farahin bangga juga dengan Perdana Menteri yang kini. Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang prihatin, bersifat terbuka dan berwawasan. Huhuu...

Hello...siapa kata Kpopers were like their own country betrayer?? We were NOT! I Proud with Malaysia. Even it's such a small country based on the map, but it's quite wide and big in my heart. I do LOVE Malaysia! I Proud with Jalur Gemilang! I do say that Jalur Gemilang is the most beautiful flag compared to the others flag around the worl. Our Jalur Gemilang have a harmony colours. Those colours, BLUE, YELLOW, RED and White, it seems never showed the opposite massage. It only showed the happiness, harmonies and a NATION.

Hmm...enough with my kata-kata pujian belaian about Malaysia. Now, Farahin mahu cerita yang esok Farahin akan turut serta dalam acara kemerdekaan di Kluang Mall! For those yang stay di Kluang, bolehlah nanti datang okey! Hihii...Hukhuk...kena berdiri di atas jalan tar hampir selama 5 jam pula tu. I guess that long. Sebab raptai pun begitu. Tetapi semasa raptai, boleh lagi kami duduk di jalanan bagaikan pengemis. Hohhoo... Siap pusing-pusing dalam Kluang Mall lagi. Huahahaha...

Alright! Mengantuk sudah! Kasut sudah kiwi tetapi tidak kilat pun. Hahaa...Shame on me! Maklum, Farahin bukanlah tukang kasut yang berbakat dalam menggilap dan mengilatkan kasut. Mesti Mr, Mrs, Miss, Bro, Sis di Kluang Mall nanti kutuk-ketuk Farahin kan? Yalah. Kasut kitew tidak sekilat kasut awak. Huhuu...


READ MORE

Kau atau Dia Yang Tidak Matang ?

Posted by ELFarahin | On August 29, 2012 |
*Nampak x corak bunga di atas quote tu? Itu bunga tulip lambang orang kristian. Lambang tu ada pada uniform Pengakap juga. Ianya tidak salah bagi kita yang Muslim. Think to logically, bukan bunga tulip itu yang diciptakan Allah SWT untuk menjadi lambang orang kristian. Tetapi orang kristian yang menjadikannya lambang mereka. So, bunga tulip tersebut sekadar inspirasi. Punca idea lah katakan. Huhuu...

Assalamualaikum...
Hmm...for the 1st time Farahin hendak bergossip about this one artis. Bukan hendak mengaibkan beliau, cuma Farahin hendak suarakan ketidakpuasan Farahin terhadap kata-kata beliau yang sudah berpangkatkan Mak Cik bagi Farahin. Hmm...She said, "Even kalau tidak boleh act like 36, 30 pun boleh." Lebih kurang begitulah dialognya. She talked about her ex-hubby age. She want her ex-hubby be mature in solving their problems. Then, beliau berkata lagi, "...Saya suka bercakap dengan orang-orang yang matang." Oh, shh..! You heard that? Beliau merungut mengenai kematangan ex-hubby beliau kerana enggan berbincang mengenai hal  keretakan rumah tangga mereka.

Ok. Farahin bukannya hendak menyebelahi sesiapa. Whether the wife or the husband. Tetapi Farahin ingin menyuarakan pendapat Farahin about what she had said about 'Kematangan'. Oh, Mak Cik ku sayang! Kalau awak tidak berminat dengan orang yang tidak matang, kenapa awak berkahwin dengan dia yang berumur jauh lebih muda daripada awak? Semasa bercinta, bak kata orang-orang kononnya itulah masanya untuk mengenal hati budi. So, semasa bercinta dulu tidak kah anda melihat ketidakmatangan pasangan anda itu?? Ergh! Farahin geramlah. Cakap macam tidak serupa bikin saja bunyinya. Well, I admitted I'm not that such Very Much Good about rumah tangga, I even don't understand it much, tapi...just think!

Kenapa tidak ketika kita bercinta itulah kita mengenal hati budi pasangan?? Atau yang dikatakan mengenal hati budi itu sekadar alasan untuk kita melepaskan berahi percintaan sebelum kita menginjak ke anjung perkahwinan? Lalu, apakah sebenarnya erti perkahwinan jika begitu? Alright. I'm not good in this topic. So, enough from now. Hope tiadalah yang hendak bash blog Farahin pula lepas ini. Hahaa...Overall in this topic, I didn't talked about marriage or love. But it was about Be Mature. Hihii...Just Cakap Pandai daripada Farahin. Kuikui..

"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak suka akan penceraian, perbalahan. Biarpun boleh tetapi ia tidak digalakkan."




READ MORE

Something Wrong With My Eyes...

Posted by ELFarahin | On August 29, 2012 |



Assalamualaikum...
Selamat Malam, dear! Alorh~ dah nak tidurkah? Hmm...gwaenchana. Farahin bercerita seorang saja lah. Sekarang sudah 29 Ogos. So, means Farahin bercerita about hal semalam lah. Semalam di sekolah, in chemistry lab, something wrong with me. Tinggal 10 minit lagi hendak rehat, others student sudah pun cabut keluar dari lab dulu. Just tinggal kami students yang baik-baik saja. Itupun tak sampai 15 orang. Huhuu...That time, Farahin duduk sahaja diam-diam. I didn't laugh or talked with others. For a sudden, I felt uneasy. Something was like stuck in my head. And make me hard in breathing. Farahin letakkan kepala di atas meja. But then, my eyes were tearing. I didn't cried. Its just tearing. One word that I was whispered to my heart, One man that was playing in my mind like a video, it was Oppa. Which oppa? Leeteuk oppa. My beloved Ahjussi! Farahin asyik bayangkan saja bagaimana agaknya nanti bila Super Junior buat album baru, mv baru and the Super Show without this Ahjussi? Bayangkan hal-hal begini buat Farahin rasa sayu saja. Ia tidak sama dengan perasaan apabila Heechul oppa yang hendak pergi ke military army. It's different. Bagaimana agaknya apabila tiada suara Leeteuk oppa dalam lagu-lagu SJ nanti?? Oh, God! It's so hard for me. Very hard for ELF. Once after Leeteuk oppa, I heard then it'll be my own bias. Argh! It's getting hurt me! Yesung oppa! There will no complete KRY's voices in the SJ mv later. I hate that! However, we've to accept the fact, right? ELF have must to face this. Whether we don't want or not, we've to! Tsk Tsk! Oppa, ELF won't give up waiting for you and always to love you. Time always will be at our side. It'll make it fast and rush. Till we can get back the BEST happiness. BEL13VE us, oppa! The angels wouldn't leave you. PR0M15E! 



READ MORE

Megat Sate Bebel

Posted by ELFarahin | On August 28, 2012 |
Assalamualaikum...
Hah? Megat Sate Bebel?? Farahin hendak bercerita tentang seseorang bernama Megat ke? Si penjual Sate? Suka membebel? Hahaa...Oh! Tentu sekali tidak. Actually itu merupakan kata-kata sindiran farahin kepada site INI. Kalau anda klik, mesti anda pun akan terbau bau seakan sate hangus. Huahaha...

Hmm...sebenarnya tadi Farahin checked lah SJ CalL! Farahin. Wah! Ada visitor! A blogger! Nama di situ ialah Daiza. So, Farahin kliklah nama Daiza yang berlinkkan url blognya. Suddenly bila Farahin tengok, ....


Lorh~ (-..-") Kenapa keluar blog pasal bible ni? Ok. Farahin tidak kisah la even tersesat dekat blog bible pun. Mega Site Of Bible. Wow! Mega tu beb! Tapi...link yang dengan nama Daiza itu Melayu. And, kalau tidak salah Farahin link blog itu sudah pernah Farahin view. 2-3 kali lagi. Plus, blog itu pernah menjadi top referral untuk blog Farahin. Then bila Farahin telek-telek semula, Owh....link yang diberi salah la. It should be http://angellovesoldier.blogspot.com . Bukan http://angellovesoldier.blogpot.com . Haish! Buat surprised saja. Terkejut pula Farahin sejak bila blog itu menjadi blog dakwah agama kristian. Huhuu...

So the moral is next time bila taip link url blog anda biar make sure confirmed betul okey. Hihii...Anyway, hal ini tiada lah besar mana pun. Just want to share. Jom kunjung http://angellovesoldier.blogspot.com/ !!


Kalau LIKE, boleh FOLLOW juga!
Blogger Sarawak tuu...




READ MORE

Ah! Apa Aku Sibuk??

Posted by ELFarahin | On August 27, 2012 |

"Amboi! Seronoknya bergurau senda. Siap main kejar-kejar sambil bergelak ketawa sekali. Bahagia. Couple ke? Oh, ya! Tak pernah-pernah aku nampak kau balik dari sekolah lalu belakang. Bukan ke kau balik naik van? Ikut pagar depan kan? Oh...kalau betullah couple, Oh! How about my ex? Oh, man! Sudah kena buang kah?? Ah! Apa aku sibuk?? Ex aku dengan hal dia lah kan. Bukannya muka dia tu tak komersial nak pungut awex lain. Jangan kan komersial, jangan kan market HOT, kome sial pun hado. Ups! Raya Raya. Maap. Maaflah sebab aku takkan minta maaf pun. Oh,shh..! Janganlah ego sangat Farahin. Oh, sememangnya harus begitu! Sudah sudahlah dengan humble dumble dol aku yang dulu. By the way, kalau yang kau dah ada bf baru, sure yang ex aku pun ada gf baru. Ya dakk? Lantak lu lah nak buat apa pun. Masa silam tu cukup cukuplah hanya diperhatikan. Jangan diulangi semula sudah. Hahaa..."

P/S : Farahin hari ini agak setan sikit jiwanya. Kalau-kalau rasa kata-kata kesat dalam entry di atas, bolehlah pejamkan mata dan deletekan saja dari ruang fikiran anda. Hohhoo...


READ MORE

Mianhae..Saengil Chukkahamnida, My Dear!!

Posted by ELFarahin | On August 24, 2012 |
Assalamualaikum...


Since started on laptop lagi Farahin sudah view tarikh di bar tapi...tak rasa apa-apa pula?
Then, tergerak hati hendak melawat my CME family. But be4 that, viewed the date again.
OMO! It's YESUNG oppa's BIRTHDAY!!
Aishh! how can I forgot about it? I'm so clumsy!! Grrr~~
Anyway,

Saenghil Chukkahamnida~ Saengilchukkahamnida~
Saranghae Yesung oppa~ Saengil Chukkahamnida~
*Oppa tiup lilin, Farahin kiss pipi oppa XD

Mian oppa, I'm little bit late.

"Oppa. Nothing I can say. I just want to say, even I had said it many times, even you had know it, that I LOVE YOU very very very tooooo much! You're SPECIAL for me. The one who can make me laugh in tears even I just stared at your picture. I know. The pictures is non-living things. But YOU, you're ALIVE in me. Always! Thank you oppa for coming into my life and stay with it. I LOVE IT! I'll always LOVE it! I may be not your soulmate. But we're created for each other. ELF and SJ, Me and You, our story had been written. BEL13VE!"

Your lovELF,
-Farahin-



Oppa buat muka kesian?? lagilah Farahin rasa GUILTY!! >///<
By the way, cute muka tu oppa!!


HAPPY BIRTHDAY,
MY DEAREST YESUNG OPPA!!
24th August 1984


READ MORE

My Freedom Is My Secret

Posted by ELFarahin | On August 23, 2012 |
Assalamualaikum...
Amboi, tajuk! Sebelum Farahin start bongkarkan rahsia Farahin, anda-anda semua diminta menutup mulut anda setelah baca entry ini. Hahaha...Hmm..so, tajuk malam ini ialah 'My Freedom Is My Secret'. Wuuu~ macam gempak saja kan bunyinya. Hohhoo...Actually, tak ada lah gempak mana. Ehem! Let's start the story.

Hari ini...hari Khamis. Esok...hari Jumaat. Oh,yeah! Ada naruto. Kikikii...Ok Ok. Jangan marah. Alorh~ gurau sikit pun tak boleh. Huhuu...Hari ini Farahin telah beraya di rumah seorang kawan Farahin bersama 6 members Farahin yang lain. Oh,yeah! Tak sangka hari ini is my 1st day beraya. Huahaha...Even 1st day Raya sudahpun berlalu. Ish Ish Ish....ketinggalan kan budak Farahin ni?

And nak dijadikan cerita pula, actually my parents tak tahu yang Farahin beraya di rumah kawan Farahin tu. Why? Because rumah kawan Farahin tu jauh. Kami 7 orang buat rombongan naik bas hendak ke rumah kawan kami tu. Wuuu~jangan terkejut. This is my 1st time naik bas dengan members. Tettt...umur sudah 16 tahun baru start hendak join members naik bas. Eleh...ingat aku kisah sangat ke? Hahahaa...

Kalau Farahin beritahu parents Farahin yang Farahin pergi rumah kawan Farahin tu naik bas, alamatnya kempunanlah nak beraya. Hahahaa...Yalah. Si anak tunggal seorang ini sentiasa berada di bawah pengawasan para penjaga tetapnya. Hohhoo..So, hari ini nak kata Farahin sudah met my FREEDOM pun, tak jugak. Biasa-biasa saja. Yang different-nya cuma itulah, Farahinn naik bas dengan members.

Lepas itu, tidak cukup dengan beraya di rumah kawan Farahin itu dengan menaiki bas, Farahin joined pula members Farahin turun bandar. Oh,men~! Farahin memang budak jahat hari ini. Tak adalah jahat sangat. Nakal sikit-sikit saja. Oklah tuu. Hahaa...Then, time tengah melayan member Farahin yang seorang ini di mall, suddenly my father's phone bergetar di poket jeans Farahin. Actually, my father yang suruh bawa. Oh, shhh...! Mak telefon! Nak jawab apa ni? Lastly, Farahin been honest saja lah yang Farahin sedang pusing-pusing dekat mall. Aiyaa! Tembelang sudah pecah meyh. Hihii...Well, Farahin tak pandailah menipu lama-lama. It's not in my profession. Hahahaa....

Alang-alang sudah sampai bandar, alang-alang dalam poket ada RM15, why don't Farahin rembat Kpop goodies yang ada di kedai??Or...officially is, SJ goodies. Hahaha...First tu memang lah Farahin cari Epop kowt-kowt keluaran terbaru sudah ada and SUJU was in, nak juga rembat. Tapi tak ada lah. So, Farahin teropong-teroponglah Kpop aka SJ goodies. Jeng Jeng Jeng! I bought this! Wee~


Err....actually Farahin lupa apa nama benda ni. Alamaklum! Sudah lama tak pakai. Apatah lagi beli. Huhuhu...Senang cerita, panggil gelang saja. Hahahaa...




READ MORE

Segmen : You Are Awesome Blog By Hana & Afifah

Posted by ELFarahin | On August 23, 2012 | | 1 comment:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiADoWbYd3mXmSASBgQwjUrkv1QyQNeScdfbYOLpXE6OBst8k31DSXzImT8xL9jlpBrWNVzfH02ARyBgN4QghWv8oUEhSZQ28fc6aeb-K2A3q_LNB7-XLxPPxhAKkgpPgR9qfvj7DzItoQr/s1600/banner+segmen.png

Assalamualaikum...
Suju Elfarahin sudah LIKE ITU dan INI.
ELFarahin sudah FOLLOW SITU dan SINI juga!
JOIN!

Tag :

Click the banner above to JOIN!
Gudluck!


READ MORE

Insan Itu

Posted by ELFarahin | On August 22, 2012 |

Insan itu. Insan itu hanya akan datang apabila ternyata aku memerlukannya. Dia akan datang ketika aku terjatuh dan luka. Dia akan datang ketika aku kedinginan. Dia akan datang ketika aku lagi meleraikan tangisan. Dia akan mengesat air mataku dengan penuh kasih sayang. Terasa hangat jarinya di pipiku. Dia akan mendakapku tatkala aku kedinginan. Terasa betapa selesanya aku di dekat dia. Dia akan menenangkan aku tatkala jiwaku lagi meronta-ronta. Dia akan terus menenagkan aku sampaikan aku terlena dek kasihnya. Insan itu jarang sekali menampakkan dirinya. Kerana hanya aku yang dapat merasakan kehadirannya. Renung matanya yang seakan 'diam' namun cukup tenang untuk diamati. Bibirnya yang sedikit mungil seperti menyimpan berbagai cerita dan kata-kata yang hendak dilafazkan. Dia sering diam. Dia cuma berkata-kata melalui belaian dan kasih sayangnya. Namun aku mengerti. Aku mengerti betapa dia menyayangi aku. Betapa dia benar-benar mahu melindungi aku. Dan aku akui itu. Insan itu bagaikan teman bagi jiwaku. Dia jugalah teman bagi khayal dan mimpiku. Insan itu jualah teman buat realiti dan hakikiku. Dia selalu ada dan tetap ada. Aku tidak ingin kehilangan insan itu. Dan aku tidak ingin dia jauh dariku. Kerana dirinya bagaikan ubat, penawar buatku. Tanpa dia, aku sakit. Dialah punca kesembuhanku. Dia upama nyawa dan nafas baru buatku. Aku sentiasa memerlukannya. Sentiasa....
READ MORE

Is He Going??

Posted by ELFarahin | On August 22, 2012 |

Assalamualaikum...
Hmm...Farahin tak tahu nak story pasal apa. Doq tenung je blog ni dari tadi. But do nothing. Actually, Farahin berfikir juga pasal someone ni kan and tak tahu lah weather nak share kat blog ni or not. Lastly, Farahin decided to share about it here. At least, untuk mengurangkan beban hati dan kepala nie.

Ok. Nampak tak gambara ahjussi yang di atas tu? Tak nampak? Tak apa. Boleh tengok lagi. Tengoklah berapa lama pun korank nak. Farahin tak jeles. Farahin tak marah. Especially, untuk kitew-kitew yang ELF ni. Yalah. Tak lama lagi dia dah nak pergi kan? Pergi mana? Pergi army military lah. Menjalani latihan khidmat ketenteraan. Hukhuk...tak dapat Farahin imagine how SJ without this ahjussi. Ahjussi nie sememangnya THE BEST leader ever. Sayang dia!

Anyway, bila tarikh sebenar ahjussi kita nie nak enlist?? Tak naklah nanti kitew ketinggalan. Ini pun dah kira ketinggalan. Tak naklah nanti bila kita on FB or Twitter, tak pasal-pasal dapat news yang ahjussi kesayangan Farahin sudah pun lama enlist. Meraung nanti tak pepasal. Ada yang kata ahjussi kitew nie enlist dalam august, september and ada yang kata after winter?? Hmm...anyway, kalau ada news about this ahjussi meyh lerr share dengan ELF yang sorang nie. Twitter tu dah lah bengong. Asyik minta reload je. Tapi sudahnya tak juga. Oh, ya! Farahin dari tadi asyik panggil lelaki tu ahjussi. Maybe ada yang sedang baca entry Farahin nak tak tahu nama lelaki tu. Nama dia Park Jung Su or lebih poupular dikenali sebagai Leeteuk. Dia leader SUPER JUNIOR.

"Oppa, ELF will be a greatest babysitter for your sons as long as you're in the military. Don't worry. We'll take care of the babies. Saranghae!"


READ MORE

Saengil Chukkahamnida, KiBum oppa!

Posted by ELFarahin | On August 21, 2012 |
Assalamualaikum...
Akhirnya. Ada pun benda yang hendak di update.
Malam ini sudah masuk tarikh 21st August!! Ye! Ki Bum oppa's Birthday!

Saengil Chukkahamnida~ Saengil Chukkahamnida~
Saranghaeyo KiBum oppa~ Saengil Chukkahamnida.

Oppa, you know what? Since Farahin minat SJ, I never heard your voice singing during that year. Maksud Farahin, I just listened to your previous voice. I really want to hear it! Listen to it! Will that be happen,oppa? Like since Kangin oppa out from the military. I was so proud to listen to his voice. Wow! Feels like I'm in a brand new ELF! HAHA...Just saying. Anyway, I wish you happy with your life oppa. Anywhere, anytime, ELF prays for your sake of life. Saranghae, KiBum oppa! Hihii...

Your ELF,
-Farahin-



HAPPY BIRTHDAY, KIM KIBUM!!
21st August 1987



READ MORE

Sarung Tangan Untuk Pekerja Malaysia

Posted by ELFarahin | On August 19, 2012 |

Assalamualaikum...
Amacam Hari Raya anda? Superb? Alhamdulillah. Superb tak superb, yang penting hari ini jasad masih bernyawa. Ya dakk? Huhuu... Err..tajuk hari ini macam bosan je bunyinya? Well, it's up to you all lah. Pagi-pagi Raya Farahin sudah terfikirkan sesuatu. Of coz bukan rendang or ketupat. Tak ada lah macam orang tuu. Hahaa...

Actually, Farahin terfikir kalaulah setiap seorang pekerja di Malaysia ini ditetapkan dan diwajibkan supaya memakai sarung tangan sewaktu bekerja. Why? Ermm....untuk keselamatan. Keselamatan yang bagaimana? Keselamatan dunia dan akhirat lah. Yalah. Sekarang nie, cuma pekerja kilang and buruh sahaja kan ditetapkan supaya memakai sarung tangan. Tapi...untuk pun still tak cukup. Mereka pakai sarung tangan demi keselamatan dunia. Yalah. Setakat untuk melindungi tangan mereka daripada tercedera di dunia. Walhal, bagaimana pula dengan akhiratnya??

Haa...cuba anda bayangkan kalau semua pekerja di Malaysia ini ditetapkan supaya memakai sarung tangan ketika mereka bekerja? Tak kiralah sama ada India, Cina dan Melayu. Semua! Setiap seorang mesti ditetapkan. Kenapa Farahin berkata begitu? Subhanallah! Kalaulah semua pekerja Malaysia yang berbilang kaum ini memakain sarung tangan, setidaknya kita yang beragama Islam ini terhindar daripada dosa menyentuh kulit yang bukan muhrim. Happy tak? Setiap hari-hari kita, kita terhindar daripada dosa tersebut. Tidak kiralah yang bertudung ke atau yang tidak menutup aurat ke. Right?

Sekarang ini, sarung tangan hanya dipakai untuk keselamatang dunia sahaja. Doktor pakai sarung tangan hanya ketika sesi pembedahan supaya kuman pada tangannya tidak bercampur dengan darah sewaktu pembedahan. Buruh memakai sarung tangan supaya tangannya tidak luka ketika mengangkat kayu dan besi. Pekerja kilang memakai sarung tangan pun untuk menghindarkan kuman tangan mereka daripada mencemari barangan yang mereka hasilkan. Apatah lagi kalau makanan. Namun begitu, adakah mereka masih terhindar daripada 'virus' api neraka? Apakan mereka masih terhindar daripada 'virus' dosa-dosa??

Kalau hendak mengharapkan hanya rakyat yang beragama Islam sahaja yang memakai sarung tangan, alamatnya tidak semualah memperoleh hal yang sama. Bagaimana pula dengan pekerja Islam apabila bersentuhan dengan orang bukan Islam? Bagaimana pula nasibnya dengan pekerja lelaki atau perempuan Islam apabila bersentuhan dengan orang lelaki atau perempuan Islam?? Bak kata pepatah Melayu, susah senang kita bersama. Ya dakk?

Mungkin cara ini kedengaran selfish. Tapi...tak ada lah selfish sangat kowt. Hal ini tidak mengganggu pun mana-mana penganut agama bukan Islam untuk melaksanakan kewajipan agama mereka. Yalah. Negara Malaysia ini kan negara yang membebaskan rakyatnya untuk melaksanakan agama masing-masing. So,I don't think so this thing akan menyekat kebebasan tersebut. So, how's that? Adakah kita hendak tunggu kerajaan menetapkan kewajipan kepada setiap pekerja Malaysia supaya memakai sarung tangan? Atau biar kita yang mulakan dulu?? Sebaiknya memanglah kita yang mulakan dahulu. Tapi...macam Farahin kata tadilah. Tidak semua mendapat manfaatnya. Anyway, ini sekadar cadangan dan pendapat Farahin sahaja. Plus, kalaulah hal ini benar-benar dilaksanakan, I'm sure this thing will like an 'advance' for us untuk berubah ke arah yang lebih baik. Yalah. Tidakkah kita malu sedangkan yang bukan Islam cuba melindungi kita daripada mendapat dosa kerana menyentuhnya yang berdarah bukan Islam tetapi kita?? Pasti hal ini akan mempercepatkan lagi proses hijtah kita terutamanya kepada yang Islam kan?? Insyaallah.

P/S : Anda tonton tak Melodi Raya tadi? Michelle cantik bertudung. Dia menutup aurat. Andai saja jika dia berdarah agama Islam. Subhanallah! Insyaallah. Kalau sudah kehendak Allah S.W.T., hidayahNya tetap tidak ke mana kan? So, for those yang still open, how do you feel bila tengok Michelle yang non-muslim itu cantik bertutup litup seperti wanita Islam malah berpanas juga di tanah perkuburan yang lapang itu?? Mualakan dengan Bismillah. Niatkanlah dalam hati. Insyaallah. Anda akan mudah untuk berhijrah. Amiin.


READ MORE

Pergi Jangan Kembali

Posted by ELFarahin | On August 18, 2012 |

Mengapa engkau membuatku menangis?
Jika bukan itu maksudmu.

Mengapa engkau membuatku membenci?
Jika bukan itu mahumu.

Mengapa engkau membuatku menanti?
Jika bukan itu niatmu.

Mengapa? Mengapa?
Mengapa engkau mendiamkan diri?
Sedangkan tika itu aku mundar-mandir menanti kata darimu.

Mengapa engkau membisu?
Sedangkan waktu itu aku lagi gelisah menunggu kata PUTUS darimu.

Mengapa engkau mengundur diri?
Sedangkan aku masih menunggu keberanianmu untuk berlaku adil kepadaku.

Ini tidak adil! Tidak adil!
Sungguh tidak adil!
Engkau menyayangiku mengikut sesuka hatimu.
Dan engkau meninggalkanku sesenang begitu.

Aku tidak mengerti.
Mengapa engkau meletakkan jati lelakimu serendah itu?
Engkau takut berhadapan denganku.
Engkau gentar menghadapi tangis deritaku.
Engkau pergi seolah-olah Tuhan sendiri yang telah meragutmu dariku.

Engkau membuatku tersenyum sinis.
Engkau membuatku ketawa sambil menangis.
Engkau meninggalkan titis sadis dalam kehidupanku.
Sehinggalah air mata itu kering bersama hatiku yang telah lama gering.

Dan pada hari ini,
tiada lagi tangis buatmu.
Tiada lagi ketawa untukmu.
Tiada lagi cinta khusus buatmu.
Tetapi ada DENDAM cuma khas untukmu seorang.

Terima kasih kerana datang dan pergi.
Ku mohon jangan pernah lagi engkau kembali.

Selamat tinggal kekasih hati!
Selamat tinggal bersama hatiku yang sudah mati.


"GO! GO away! Never come back again!
GO! GO far far away! Never you dare step into my heart again!"


READ MORE

Oh! Nak Raya Dah ke? HAHA...

Posted by ELFarahin | On August 17, 2012 |

Assalamualaikum...
HAHAHA~!! Kenapa dengan Farahin ni? Gila dah ke? Atau sawan? Habislah. Esok entah boleh puasa ke tidak. Hohhoo...Ehem! Bukanlah. Farahin ok je. *'Ok' ialah alasan bagi orang yang tak Ok* Alright. I admitted. I'm not too ok. Hmm...Dah nak raya ke? Owh...Happy nya! Hahaa...*ketawa tak ikhlas*. You know what? I feel nothing about celebrating Raya. Ya. Kalau bab-2 hantar wish, kirim salam dan maaf tuu, yes I did. Tapi...I feel nothing lah. Bak kata orang Melayu, takde feeling lerr. Bila Farahin perhatikan emak busy bersihkan and hias rumah, I feel sad. It really touched my heart. Apa yang hati Farahin bisikkan, "Hmm...beriya betol mak aku nie. Aku tak rasa apa-apa pun." Tak rasa apa-apa. Ia adalah ayat yang sinis. And sounds quite JAHAT. I don't know  why. I just feel boring(??). Annoying(??). Ahh...fikirkan benda ni and try harder untuk faham perasaan ini, automatically make my mood down. Stress? Maybe? I just feel...same(??). Like usual(??). Or maybe...WORST. Huh...Anyway, Selamat Hari Raya! Ah! Mesti mood korank down kan bila baca entry Farahin nie. Maaflah. Tak berniat pun. Cuma nak luahkan apa yang mengusutkan kepala, menyesakkan hati ini. 



READ MORE

Terbantut. Tsk Tsk!

Posted by ELFarahin | On August 17, 2012 |
Assalamualaikum...
Subhanallah...mencabar iman sungguh! Gara-gara sangat tercabarlah, perut pun jadi cepat lapar. Uiii~ tinggal beberapa jam saja lagi hendak berbuka. Sabaq...sabaq. Hmm...Farahin berniat lagikan berhajat hendak JOIN sebuah GA ni. GAnya BEST kowt! Sponsor pun tidak ramai. So, it's SIMPLE! Simple lah sangat kann bila one of the sponsor's blog loading macam nak rak. Rasa macam nak je Farahin lambung katil Farahin ni naik ke awan. Kalau siapa yang kena hempap tu, saya minta maap. Hehee...Lama sangat loadingnya yop!! Hang hendak aku reload berapa kali?? Semalam sudah dua. Hari ini sudah tiga. Blog nampak simple. Tapi berat lorh~~ Huh...Terbantut Farahin hendak JOIN GA tu. Tsk Tsk! Mesti pihak penganjur tu tunggu penyertaan Farahin coz Farahin sudah beritahu hendak JOIN GA beliau. Huh~~ mianhae...sob..sob...Tengoklah nanti kalau Farahin terbuka hati semula untuk JOIN. Mian...So, sebagai tanda maaf dari Farahin. Farahin promote GA beliau. Here's the banner. GA ini memang BEST! Kliklah banner tu dan JOIN ok!




READ MORE

Longkang Lagi Cantik!

Posted by ELFarahin | On August 16, 2012 |

Assalamualaikum...
How's your day, people! Great? Good? Or....Daebakkkk. Hahaa...Alhamdulillah. Baguslah kalau great, good, daebakkk semua tu. Huhuu...Today mahu cerita tentang....Longkang? Hahaa...Not overall. But, berkaitanlah juga. Jom baca dan ambil iktibar! Kalau perlu. Hee...

Today, Farahin pergi shopping dengan Emak. Well, kata orang last Ramadhan dah nak raya ni discount melambung habeh. Tapi bukan itu yang Farahin cari. I'm looking for my school bag. Dalam tahun ni, sudah 3 kali beg putus. Woiii!! Aku ni lasak sangat ke? Kalau lasak, ya bilang donk. Hahaaa...

Ok. Sambil beli bag, takkan beli bag saja kowt. Mestilah nak shopping benda lain. Unfortunately, sudah semestinya bukan clothes. Entahlah. Farahin kalau pergi shopping never remember hendak beli pakaian. Oh, BAHAYA! Nanti tak pasal-pasal Farahin tak ada baju nak pakai. Ups! Insyaallah. That never gonna be happend. Wink!

Ada ketika tu Farahin dengan Emak sedang lalu dekat lorong kecil ni. Eh! Bukan lorong hitam taw. Lorong tar. Kikikii...Then, sebelah kanan Farahin ada kedai mamak. Oh, shhh...! Hahaa... Ada bau ayam meyh. Dah lah Farahin tak sahur hari ni. Ups! Kantoi bangun lambat. Hehee... Ok. Time sedang lalu situ, for sure di mana-mana sahaja kita berada mesti ada maksiat kan? So, I saw a cute couple was holding hands each other. Ups! Maaf sebab bocorkan rahsia awak kawan. Hohohoo... Ok. We still in Ramadhan's Month. At least, we should improve ourselves in this month, right? Especially, to a positive one. Even just one.

Farahin nak elaklah daripada pandang perbuatan diorang tu. Plus, gugurlnya pakai tudung kowt. Adoiyaii... Nak-2 lagi, I HATE couple-ing(kalau coupling tak bermaksud, berpasangan). Perlu diulangkah? Tak payahlah eh. Nanti ada yang benci. Kehkehkeh... So, I decided untuk carilah any scene yang boleh elakkan Farahin daripada tengok diorang. Malangnya, there was nothing interesting to look at. Ok. Fine. Terpaksalah Farahin tengok longkang di tepi kedai mamak tu, yang berlumut kelabu hijau tu. Hahaha... Tahan jelaah.


See! I really HATE couple-ing. Diulang juga akhirnya. Hahaa... Sampaikan longkang pun Farahin pandang lebih cantik daripada si couple. Ups! Bukan nak kata awak hodoh. Tapi what you have done itu yang buruk. Hehee...Well, I know. Farahin bukanlah warak apatah lagi alim. But, at least I use what I know not waste it. Ups! Ini bukan riak. Just saying. Hee...

P/S : Sebelum pergi shopping, Farahin and Emak singgah bank untuk cucuk bank sampai dia muntahkan RM200 untuk kami. Hahaa... Time sedang berurusan dengan penjaga kaunter, lelaki, sesodap dia tarik tangan Farahin. Kalau tarik atas tangan tak apa juga coz I wore long hand shirt. Kenapa tak beritahu Farahin kena letak ibu jari Farahin pada scanner?? Farahin memang dah biasa begini.*tak sengaja/terpaksa Tapi Allah S.W.T tidak. Jadi, those yang baca my entry nie, kalau berani tegur secara spontan, why don't you tegur some penjaga kaunter, lelaki yang melakukan kesilapan kecil ini? Kecil bagi mereka dan kita. Tapi besar bagi Allah S.W.T dan RasulNya.

"Beruntungnya kita berada di bawah undang-undang Allah S.W.T. Kita dihukum setelah kita meninggalkan dunia ini. Kita diberi peluang untuk berubah dan mengubah. Tetapi sedikit malang kita berada di bawah undang-undang manusia. Adakala kita dihukum biarpun kita tidak salah. Maaf kita juga adakala tidak dinilai semula. Dan adakala, kita dihukum untuk meninggalkan dunia ini."


READ MORE

Boneka

Posted by ELFarahin | On August 15, 2012 |

"Aku sangkakan aku masih boleh bermain-main. Bergurau. Buang dan lepaskan apabila sudah jemu. Berpura-pura dan berlagak manja. Aku lupa. Aku lupa kalau aku bukan lagi kanak-kanak yang bermain di lecak. Tetapi insan yang sedang melewati usia remaja. Dia datang bagaikan permainan baru bagiku. Aku seronok 'bermain' dengannya. Sehinggalah pada suatu ketika itu, aku merasakan dia bukan lagi boneka hidup kepunyaan aku. Tetapi dialah teman. Yang akan buat ketawa apabila sedih. Yang sering membuatku bahagia. Aku tidak jemu bertemankan dia. Namun, tanpa disangka, kami telah berganti watak. Aku adalah boneka. Manakala dialah Tuanku. 

Aku cuba buat dia ketawa dan gembira. Sepertimana yang telah dia lakukan ketika dia merupakan bonekaku pada suatu masa dahulu. Malangnya, dia berhenti tersenyum dan ketawa biarpun aku melakukan aksi-aksi gila di hadapannya. Dia mula bosan. Dia meninggalkan aku. Boneka yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan ini telah ditinggalkan oleh Tuannya. Aku cuma mentangisi pemergiannya. Dan cuma menanti, tempat di mana aku ditinggalkan. Aku menunggu dan terus menunggu dia untuk membawa ku pulang ke pangkuannya. Akan tetapi, makin lama aku menunggu, aku semakin melusuh. Tubuhku kotor. Mukaku comot. Akhirnya, aku sedar. Siapalah yang mahu berteman apatah lagi bersahabat dengan boneka yang bisu dan tidak bermaya seperti aku. 

Aku membuka mataku dan bangkit dari penantian itu. Aku perlu bangun dari mimpi dan angan-angan ini. Aku bukanlah boneka. Tetapi aku adalah manusia. Seorang remaja yang sedang memahami erti dewasa. Untuk apa aku menunggunya lagi? Semua itu cuma sia-sia. Dan itu sama juga seperti aku membunuh diriku sendiri. Aku bangkit dari kekalahan ini. Bukan cinta yang perluku perjuangkan. Tetapi diriku sendiri. Aku cuba berdiri tanpa ada dasarnya cinta. Aku berjalan tanpa ada namanya angan-angan. Aku berpijak pada duri-duri yang tajam dan melukakan. Sampai suatu ketika, aku terpaksa kehilangan separa hidupku supaya aku dapat meneruskan hidup ini seadilnya."



READ MORE

Berjimat, Jangan Membunuh.

Posted by ELFarahin | On August 15, 2012 |

Assalamualaikum...
Hmm....no story to share. So, it's time for Farahin merungut mengenai hal-hal semasa. Semasa lah sangat. Ehem! Let's start dengan cerita about a little boy names Irfan. Dia anak jagaan my emak. Budaknya ceria, riang but sometimes agak garang. Heh! Garang lagi Farahin. Coz I'm not used with little children. Hehee...Well, sudah 16 tahun hidup sebagai anak tunggal. Hahahaa...

Ok. Irfan telah dijangkiti penyakit kaki, mulut dan tangan. Erkh! Bunyinya pun serius kan? Nak-nak lagi dijangkiti oleh kanak-kanak berusia kira-kira hampir 2 tahun seperti Irfan. Even baru sikit, but ia amat berbahaya bagi kanak-kanak seperti Irfan. Sistem imunisasi dia belum kuat dan kukuh lagi. Apa? Kanak-kanak sepertinya suci? Haihh...Yang suci itu hatinya. Dia terhindar daripada apa-apa dosa. Bukan bererti dia turut terhindar daripada sebarang penyakit.

I don't know apa yang parents Irfan fikirkan. But....Farahin tertanya-tanyalah. Budak ni dah kena penyakit jangkitan kuman. Kenapa still nak bertangguh untuk mendapatkan rawatan?? Farahin tidak tahu apa yang parents Irfan fikirkan. But, kalau sangkaan Farahin betul, memang Farahin BENGANG giler dengan sifat ibu bapa yang terlalu hendak berjimat. I know. Of course ia berhubung kait dengan hal kewangan. Tapi....untuk kanak-kanak sekecil Irfan yang sistem imunisasinya tidak berapa kuat, takkan tak boleh mengalah??

Finally, parents Farahin yang bawa Irfan ke klinik. Hendak bawa ke hospital, nanti hospital minta detail. Dah tu, sah-sahlah Irfan bukan anak kandung my parents. Karang tak pasal-pasal dituduh menculik pula. So, my parents brought him to a nearby clinic. Tsk! Tsk! Tinggal Farahin seorang di rumah. Hahaha...

Sikap manusia sekarang. Suka menunggu. Menunggu sehingga keadaan sudah darurat dan memudaratkan baru hendak bertindak. Bak pepatah Melayu, sudah terhantuk baru hendak tergadah. Hmm.....Melayu~ Melayu. Kalau Irfan tu sudah gedek macam Farahin ni tak apalah kalau nak tunggu berkurap berkudis baru hendak dibawa ke hospital. Berkemungkinan berkudis berkurap semua tu sukar untuk berlaku kalau Irfan sudah besar seperti Farahin. Sistem imunisasi badan sudah kukuh. Sel darah putih berebut-rebut menghapuskan kuman dalam badan. Itulah yang dinamakan cantik dari dalam. Sel darah putihlah yang membantu. LOL~

Kanak-kanak seperti Irfan, sistem imunisasinya masih lemah. Plus, Irfan ada penyakit alergy certain makanan. Hah! Nampak sangat kan sistem imunisasi badannya tak kuat. Farahin dulu ada penyakit alergy makanan laut. Tapi dah lama tak kena gatal-gatal pun. Dah sembuh lah tu. Well, sel darah putih Farahin memang yang terbaikkkk. Hahaha... Ehem! Sistem imunisasi badan yang tak kuat memudahkan kuman serta bakteria buruk untuk menyerang sistem-sistem dalam badan. Kalau sudah terlalu banyak kuman dalam badan, what do you think would happen?? Samalah dengan robot yang telah diserang virus. Tin Tong! Faham, kan?? So, BERJIMAT biar berpada-pada, jangan sampai MEMBUNUH. Nyawa hanya satu dan hanya diberi sekali kepada setiap individu. Wang boleh diperoleh di mana-mana pada bila-bila masa. Kerana Allah S.W.T itu Maha Pemurah. Dia pasti akan meminjamkan kita wang selagi kita hidup di bumiNya. Tapi nyawa? Ia adalah anugerah.

P/S : Sel darah putih Farahin memang terbaikkkk sebab Farahin still tak kena chicken pox. Hahaa...Agak-2 apa masalah eh??



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin