Aku lena di ribaannya,
Aku selesa di belaiannya,
Aku asyik dengan mulus kasihnya.
Namun apabila aku terjaga,
ku sedari bahawa kau bukan aku punya,
mustahil hidup ini dapat kita jalani berdua.
Aku katakan pada diriku,
Esok lusa kau akan pergi jua,
Di antara kita tiada yang kekal selamanya,
Jadi
aku perlu menjaga hubungan ini
agar kau tidak mudah meninggali aku.
Aku inginkan kau bahagia,
dan aku ingin bahagia denganmu.
Biarpun terluka,
setidaknya aku merasai kebahagiaan itu
kita berdua.
No comments:
Post a Comment