Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Tabah Tapi Lemah

Posted by ELFarahin | On April 22, 2012 | |
Assalamualaikum....

Hmm....lately, honestly saya asyik cari cerita pasal Pengx saja. No wonder why? Pengkid ini as we know mereka perempuan yang berperwatakan seperti lelaki dan menjalinkan hubungan sejenis yang melampaui batas. Kita tengok mereka ini nampak 'kuat' kan? Yalah. Berpakaian serta lagak seperti lelaki. Gagah perkasa gitu. Hahaha.... Tapi sedarkah anda 'kekuatan' mereka itulah kelemahan mereka. Kelemahan mereka sebagai seorang perempuan.

Seperti saya. Saya juga perempuan. Tetapi saya juga ada tingkah laku yang lasak sedikit. Hendak tahu kenapa? Sebab saya tak nak tunjuk kelemahan saya sebagai seorang perempuan. Dulu saya TABAH berpura-pura berkeadaan baik bila berhadapan dengan gf ex saya. Dulu saya TABAH berhubung baik dan mesra dengan dia. Tapi sekarang saya LEMAH. Bila saya bertembung dengan dia, saya buat tidak peduli saja. Saya pura-pura tidak kenal atau tak nampak dia. Saya tidak seTABAH dulu. Saya sudah LEMAH dan hakikatnya semakin LEMAH.

Cinta, hati, jiwa, perasaan, emosi, fikiran, tingkah-laku, tindakan,
Semua di atas berkaitan dengan IMAN saya.
Salah satu atau semuanya 'rosak',
Maka IMAN saya juga akan mudah ROSAK.

Astaghfirullahalaziim...
Siapalah yang boleh bantu saya selain daripada
Allah s.w.t. dan diri saya sendiri?
Tiada sesiapa....
Cuma saya dan Allah s.w.t.

Alamak! saya baru perasan yang saya sudah lari sedikit dari tajuk asal. Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya,

Pengkid itu tetap perempuan. 'Kuat' mereka seakan lelaki tetapi hakikatnya LEMAH tetap sebagai perempuan. 'Rusuk kanan Adam' ini LEMAH kerana ada segelintir 'Adam' tidak tahu menjaga 'rusuk'nya dengan baik. Atau mungkin tidak sengaja mengabaikannya serta melupakannya.

Wahai 'Adam',
Jangan tunggu 'rusuk' itu hancur menjadi debu seakan pasir baru hendak disimpan dan dijaga di dalam bekas yang bersalut emas.

Allahuakhbar....


P/S: 'Adam' di sini merujuk kepada kaum lelaki. Bukan hanya kekasih. Tetapi suami, bapa, abang, sepupu lelaki, saudara lelaki, datuk, pak cik dan selebihnya.


No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin