KUALA LUMPUR – Jangkaan berlaku peningkatan pada bilangan yang memeluk Islam di Wilayah Persekutuan sehingga mencecah 1000 orang nyata memperlihatkan Islam kian diterima masyarakat.Lebih membanggakan apabila ia turut merangkumi golongan profesional warga asing yang berkhidmat di sini termasuk yang bekerja sebagai akauntan dan jurutera. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jelas Zainal Abidin Jaffar berkata, pendekatan dakwah yang digunakan secara sederhanadan tidak ekstrem telah membuatkan mereka tertarik dengan Islam.
Tahun lalu, seramai 597 saudara baru telah didaftarkan dan 10 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak yang memeluk Islam bersama ibu bapa masing-masing. Manakala sehingga September tahun ini, sejumlah 759 orang telah mendaftar sebagai saudara Muslim. Ia dijangka akan meningkat lagi pada akhir tahun ini. Pada tahun lalu, Jawi telah mengadakan 576 siri bimbingan rohani untuk saudara Muslim. Ini bagi membantu mereka menghayati Islam. Tahun ini ia meningkat kepada lebih 600 siri.
credit : admin
No comments:
Post a Comment