Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

SARANG-yah!!!!!

Posted by ELFarahin | On December 27, 2011 | | No comments:


Sedih ja tengok video ni.Rasa nak menangis!Hati ni sakit sangat.Saya
tekup muka dengan bantal dan jerit lepaskan sakit di hati.Saya gigit
bantal saya dan pejamkan mata.Tak pasal-pasal,mata saya basah.
Saya tahu,ini gila.Malah,saya tak pernah rasa perasaan yang macam ni
terhadap artis.Ya!Saya sayang dia.Sayang sangat.Bukanlah nak kata
dia kekasih yang akan kahwini saya,tapi saya memang sayang.Tak pernah
jumpa?Tak pernah bercakap?It doesn't matter.Saya tetap cinta dan sayangkan
dia no matter what.

Sedih saya tengok muka dia masa menahan sakit.Saya dapat rasakan
kesakitan dia.Hati saya merasakan kesakitannya.Walaupun kejadian ni
dah lepas,saya tetap rasa sedih dan ia macam baru sahaja berlaku.
Saya risaukan dia.Saya bimbangkan dia.Hati saya sakit sebab tengok
dia dalam kesakitan.Jantung saya berdegup kencang sampai rasa nak
meletup.Saya sayangkan dia.Sayang sangat!Semua ELF sayangkan dia!



Even dalam kesakitan,dia masih menari.Masih menyanyi dengan penuh
senyuman.Ya.Senyuman dia memang cantik Itu antara part yang saya suka!
Dia senyum seolah dia mengatakan yang dia tak apa-apa.Saya betul-betul
terharu melihatnya.Memang rasa nak peluk cium dia.Sayang dia sangat!!
Sayang sangat-sangat!!!

Dia kekasih yang dapat beri saya dorongan untuk tidak bermain lagi dengan
api cinta zaman remaja yang sia-sia ni.15 tahun.Better belajar and keep focus
on it.Dan saya cuma akan mencintai dan menyayanginya.Serius saya cakap,
he's not mine but ours,ELFs.Kami cintakan dia!Kami sayangkan dia!
Kalau memang ada teman lelaki tak dapat terima kami perempuan-perempuan
yang sangat-sangat mencintai dia,it's much better dengan mencintai dan
menyayangi dia daripada anda teman lelaki yang tak memahami!!

Sejak saya tengok video ni,saya labelkan dia sebagai hero saya!!Saya kagum
dengan semangat dia.Semangat dia untuk teruskan persembahan menunjukan
dia bekerja keras.Semangat dia untuk terus menari dan menyanyi menunjukan
dia memang sayang kawan-kawan dia dan tak nak malukan mereka dengan
berhenti menari.Oppa!!Kim Jung Woon!!Yesung!!Saranghaeyo!!!Cinta awak
sangat-sangat!!Selevel dengan ex saya.Serius!!Tapi..rasanya lebih sedikit.
Saya lebih cintakan awak daripada ex yang dulu!Awak lebih buat saya happy
dan bahagia daripada dia yang tak guna!Saya sayangkan awak saja Yesung!
Satu-satunya kekasih saya!!Everlasting Friends,Everlasting Love For You,
Sarang-yah!!

READ MORE

Patah Seribu by Shila Amzah

Posted by ELFarahin | On December 25, 2011 |
READ MORE

TRAUMA

Posted by ELFarahin | On December 23, 2011 | | No comments:
Image result for alone images city night
Masa silam telah membuat saya trauma.Luka di hati yang lalu,buat saya trauma tentang luka.Luka di hati tak dapat dilihat.Tetapi dapat dirasa.Kepedihannya...keperitannya...
bolehkah dijelaskan?adakah yang akan memahami?Saya sangat takut akan namanya luka.

Ini mungkin melucukan.Malah saya juga berfikir begitu.Ayah saya dah banyak kali ajak saya supaya belajar menunggang motor.Ya.Saya berminat.Tapi bila saya terbayang akan luka,saya cuma mampu memejamkan mata dengan rapat.Mengetap bibir ketakutan.Hati kecut,menyakitkan.Saya bukan cuma trauma akan luka di hati.Tetapi juga luka di tubuh saya sendiri.

Kalau luka di hati dah tak buat saya tak tertangis akan kesakitannya,macam mana pula kalau luka yang nyata.Saya tak tahu kenapa saya begini.Kenapa tentang luka selalu menghantui saya.Luka buat saya cemas.Resah tak tentu pasal.Macam sekarang.Saya menaip sambil berkerut dahi.Dengan hati yang bimbang.Seperti nasib malang akan menimpa saya tak lama lagi.Saya sangat takut pada luka.Saya tak takut darah,tapi saya takut akan luka.Kesakitannya.Kepedihannya.Keperitannya.Semua itu buat saya menggigil satu badan.Saya tak sangka,luka di hati mampu beri impak yang dalam terhadap diri saya.Saya takut akan luka.Saya takut akan dilukai.Saya takut akan terluka.Saya takut akan melukai.

Segala tentang luka buat saya trauma.Rasa dunia ni gelap.Rasa diri ini cuma sendirian dan terus dihantui bayangan misteri.Terasa hati ini sangat sempit dan tak keruan.Luka...bolehkah saya hindari luka?Bolehkah saya mengelak dari luka?Tolonglah....lindungi saya...








READ MORE

Kias & Madah

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl railway images
Hatiku tidak berbisik dalam tika yang lama,
Aku tidak dapat mentafsir bisunya ia,
Aku tidak dapat mendengar desis suaranya,
Mengapa?


Mungkin kerana tiada engkau,

Sudah bertahun engkau menjadi punca,
Dan kini cuba ku hapus...
Lalu madah-madah itu ikut melupus jua.
Begitukah?


Tak mengapalah aku kehilangan

kiasan dan madah-madah itu,
Esok atau lusa atau bila-bila,
pasti akan ada yang datang bersama mereka,
kiasan dan madah-madah itu akan kembali,


Mereka tidak ke mana,

Masih di sini...
Tersorok tersisip di celahan hati yang kosong,
Aku cuma perlu menyusunnya menjadi patah berkata,
Sukarnya...
Bezanya...
patahan kata-kata itu hadirnya tanpa sebuah cinta
seperti dulu....


Tidak mengapa...

Mulai saat ini....
aku harus belajar berkias madah tanpa cinta,
harus belajar hidup tanpa mencinta engkau,
harus jua belajar mengawal cinta,
bukan lagi dikawal dek cinta yang memperhamba.













READ MORE

Mahunya Aku

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 | | No comments:
Image result for girl alone images
Aku mahu memadamkan kepahitan silam,
Hilangkan pahit itu dan sadurkannya dengan kemanisan kenangan,

Aku mahu menitik noktahkan sebuah cerita,
Memulakan pendahuluan yang baru di buku yang baru,

Aku mahu membasuh luka memulih cela,
Mahu menggantikan hati merah yang segar warnanya,

Aku mahu menginjak tanah dan hakikat,
Menghapus angan-angan yang sekadar menjunam,

Aku mahu menjadi yang bahagia dan gembira,
Bukan sedih melara sepanjang usia,

Aku mahu berimpian indah belaka,
Bukan fantasi yang asyik menggores luka,

Aku mahu miliki sebenarnya cinta,
Bukan dimiliki cinta yang konon benar nampaknya,

Aku mahu kental indah berjiwa,
Bukan terjelupuk jatuh ditimpa hampa,

Aku mahu terus berbahagia,
Bukan mencari bahaya yang sia-sia,

Aku mahu berhenti mencintai dia,
Itu bukan sekadar hanya kata,

Aku mahu melenyapkannya bersama luka,
Itu adalah madah berbahasa sasa,

Aku mahu menghumbannya bersama duka,
Biar mati ditelan masa,
Luput ditimpa bahagia.




READ MORE

HAMBA CINTA

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Saya baru sedar.Merenungkan....yang saya pernah menjadi hamba cinta.Ah!Kesian betul.Tak sangka saya boleh sesat dalam cinta.Teruknya!Saya kata saya mengaguminya.
Kagum degan keindahan dan kehebatannya.Yes,I am!Tapi tak sedar pula saya terlalu memujanya sampai saya memperhambakan hati dan maruah saya.Saya pernah hampir menyukai kawan sejenis.Waktu itulah saya sedang memperhambakan diri saya.Tapi saya tetap cuba melawan.Cinta itu bukan raja untuk saya tunduk padanya.Bukan tuan untuk saya menjadi anjingnya.Cinta itu kepunyaan saya.Milik saya.Saya adalah tuannya.Cinta tak boleh melangkah takhta saya.Alhamdulillah..dosa itu tidak berlaku.Saya pun tak terlanjur habis.Kawan saya tak tahu saya pernah menyukainya.Agak-agak kalau saya beritahu padanya,mungkin dia faham yang dia patut menjauhkan diri dari saya.Tapi...saya takut kehilangan kawan.Saya sangat perlukan kawan.




Tapi sekarang,kami dah tak berapa rapat.Dia sekolah lain.Saya sekolah lain.Kalau terserempak dengan dia,rasa berdebar dan ego seperti lelaki tu dah tak ada.Tapi saya tetap waspada terhadap diri saya sendiri.Fahami kalau menyukai kawan sejenis itu adalah dosa.Menyayangi dan mencintainya seakan kekasih,itu adalah dosa.Saat berpegang tangan dengannya,dan diri mula berbangga seakan ego seorang lelaki,itu adalah dosa.Saya perlu dan wajib  fahamkan dan terapkan itu dalam hati dan minda saya.Kawan perempuan menjadi kekasih kepada diri seorang perempuan,itu adalah dosa.






Mungkin saya patut letakan Cinta di bawah tapak kaki saya.Bukan di hati saya.Biar ia dipijak dan diinjak.Saya rela.Saya takkan menjadi hambanya lagi.It's disgusting !
READ MORE

NURAZNIE 2

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Baru je semalam bercerita pasal Aznie.Today,I meet her at school.She was crying...Why?Hahaha...dia terharulah...dapat 8A dalam PMR.While me,I got lower than her.6A!But I'm grateful and proud of myself.Never expect that result.My target was 5A.Yah...Alhamdulillah.At least,there is something that I could do and make my parents happy and proud of me.Alhamdulillah...today is a precious moment.More precious than UPSR.I'm too happy til SUJU oppa keep playing in my mind.My heart keep calling them.Wish could hug and kiss them.But,they're far.Dan kalaupun oppa dekat,tetap tak boleh hug and kiss.It's still a sin.Must marry first lorh...Bwahahaha!!Marry?Wish could marry 13 all of them.Hahahaha.Tinggi sangat angan-angan.Satu pun mustahil dapat,apalagi 13.Huhuhuhu....However,Alhamdulillah for everything!this best result,bright smile from my parents,oppa that love me and all ELFs...waaahhh....such a wonderful world it is....Alhamdulillah....
READ MORE

C.I.N.T.A: Lumrah sebuah cinta

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
C.I.N.T.A: Lumrah sebuah cinta: Perlukah wujudnya rasa cinta sedangkan kebanyakan pengakhiran cinta adalah dengan airmata disebabkan hati terluka.Mengapa manusia sering men...
READ MORE

C.I.N.T.A: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis...

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
C.I.N.T.A: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis...: Cinta itu terkadang pahit dan terkadang juga manis . Jangan pernah letih mengejar cinta yang suci . Belajarlah mencintai diri sendiri dahu...
READ MORE

NURAZNIE

Posted by ELFarahin | On December 22, 2011 |
Yah...Dah jarang berpuisi lah...Tak ada idea and tak ada feeling.Maybe sebab cuti sekolah ni asyik duduk kat rumah dan tak terdedah pada persekitaran luar.Usually kan ke sekolah berinteraksi dengan kawan-kawan...cikgu...they might be my inspiration.

Next year dah form 4.Hermm...dapat kawan baru,cikgu baru,suasana baru.Awkard.Wish dapat kawan yang baik dan betul nanti like Aznie.Berkawan dengan dia,saya ada semangat nak belajar.Dia menjadi dorongan pada saya untuk ulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh sebelum exam.Dia boleh dikatakan suatu keajaiban.Trust me!Bila berkawan dengan orang yang pandai,seriously anda pun akan ikut pandai.Even tak sepandai dia,at least tak sebodoh dulu.Hahaha.

Aznie.Be friend with her had 3 years.Had through a lot of fun and tears with her.Such a beautiful friendship.Saya sayang dia.Saya selalu nak jaga hati dia.Saya tak nak bergaduh lagi....saya tak berminat dengan rajuk memujuk ni.Lemah!Saya tak pandai memujuk.Dia memang lebih pandai daripada saya tapi saya tetap anggap dia macam budak kecik.Saya nak selalu jaga dia bila dia dengan saya.Saya sentiasa cuba fahami perangai,emosi dan perasaan dia hanya dengan memerhatikannya.Sure.I'm a psikik.Hahahaha....


Bila dia masuk kelas dengan muka yang masam,menghentak beg dan buku-bukunya,that's mean dia ada masalah dari rumah.Jangan kacau dia.Bila dia tengah solve mathematics problem dengan khusyuk,pun jangan kacau.Dia memang tengah kosentrat giler tuh.Bila dia menangis,err....er...tu saya tak tahu nak buat apa.Saya cuma duduk diam di sebelah dia dan biarkan dia menangis sampai habis.But then,saya takkan tanya kenapa dia menangis selepas beberapa minit lalu.Saya akan tunggu beberapa jam lagi untuk bertanya 'kenapa'.That much better.Saya suka bila dia jadi leader dalam study grup kami.She's so active and could activate our minds.Hahahaha...

Itulah Nuraznie binti Ibrahim.Actually,tak terfikir pun nak buat catatan pasal Aznie.Saja menconteng di blog.Dah alang-alang tu,just contineu jelah.Hehee...Aznie.I know...She's a great bestfriend.Saranghae,chingu!
READ MORE

MENCINTAI

Posted by ELFarahin | On December 20, 2011 | | 4 comments:
3 Tahun...semua orang mengatakan ia tempoh yang sangat lama.Namun,biarpun saya kata ia tak begitu lama,saya mengaku saya menipu.Ia memang tempoh yang sangat lama bagi menunggu seseorang yang takkan-takkan sesekali kembali dan datang kepada kita.
3 tahun tu juga...saya berpura-pura bahagia mencintai dia.Ya.Memang saya tidak menangis atau merungut akan kesakitan yang saya rasa.Tapi tangisan dan kesakitan yang saya sorok tu buat iman saya tenggelam.


Honestly,saya pernah terhasut dek syaitan untuk menyukai kawan sendiri pada tahun kedua.Seorang perempuan.Saya tahu masa tu keadaan saya memang teruk.Oleh sebab saya tak mampu mencintai lelaki lain,saya cuba untuk mencintai kawan sejenis?Gila!Ya.Memang gila.Tapi saya lawan habis-habisan dengan hasutan tu.Saya cuba untuk berjauhan dengan kawan saya.Berhenti bercerita pasal hati dan perasaan dengan dia.Tapi apa yang kadang-kadang buat saya lemah,senyuman dia.Layanan mesra dia yang saya tak pernah dapat daripada kawan-kawan perempuan lain.Actually,she's not my best friend.Cuma...dia memang seorang yang mesra dan sangat peramah.


But now,she had gone.Saya dah jarang jumpa dia disebabkan kami berlainan sekolah.Alhamdulillah...perasaan bodoh tu dah pergi.Now,it's abaout that boy yang saya tunggu sampai 3 Tahun.Now,saya betul-betul nak berhenti.Sudahlah...Dia takkan balik.Takkan kembali.Sudah jelas semuanya.Dia pun dah lepaskan apa yang patut dia lepaskan pada saya.That words.Still playing in my mind."Oi kau!Jangan kacau aku dengan **** lagi.Kita dah tak ada apa-apa."Even he just commented on my fb,for me that should be something important for me.So,what should I do now?Forget him lah.Let he go.Like Yeong Saeng say,"Just let it go...let it go..."



Untuk melaksanakan proses melupakan dia sepanjang cuti sekolah ni,saya buang semua video-video cintan yang saya create yang still ada dalam laptop say.Saya buang brooch S
yang asyik melekat pada tudung saya and gantikannya dengan brooch huruf F yang saya beli.It's much better.And don't forget.I had blocked that couple.He and his beloved girlfriend.Shuh!Out from my list.Setelah buat semua ni...yup!I admit that I feel lonely.Coz it had been 3 years I loved a boy so much and now wanna stop.Then,I choose them.My official boyfriend.SUPER JUNIOR!Now,it's only about my oppa and my dad,men that I love now.Just them.That boy,I must kick!kick!and kick him away suweyyy~~hahaha.



Ok.Now,honestly I have more addict and love to oppa.They had been someone important to me.Even not much I can do for them,I will support as will as I can.Leeteuk,Siwon,Yesung,Shindong,Eunhyuk,Donghae,Ryeowook,Heechul,Sungmin,
Kyuhyun,Kangin,Kibum,Hankyung.I love them!Saranghae SUPER JUNIOR !!heee~ =)

READ MORE

Waktu

Posted by ELFarahin | On December 17, 2011 | | No comments:
Related image

Waktu,
Kau berputar dan terus berlalu,
Biarpun detik jarum tetap akan kembali pada angka yang sama,
Namun setiap saat yang berlalu takkan dapat diulangi lagi.


Waktu,
Berlalulah kau bersama kenangan-kenangan itu,
Aku takkan mengira berapa detik sudah berlalu,
Bawalah kenangan-kenangan itu pergi.


Waktu,
Setiap saatmu mencatat perihal hidupku,
Padamkanlah beberapa saat itu
bersama kenangan-kenangan itu.


Waktu,
Jangan kau kira lagi saat-saat akan kenangan itu,
Robekannya dari catatan hidupku,
Padamkannya...
Gantikannya dengan titik noktah bagi setiap titik detikmu
bagi kenangan-kenangan itu.









READ MORE

Tiada Yang Sempurna

Posted by ELFarahin | On December 17, 2011 | | No comments:
Image result for girl alone at window images
Adakah diri ini terlalu kesunyian ?
Biarpun banyak yang menyayangi diri ini ?
Mengapa masih mengharapkan lelaki ?
Usia muda ini tidak pantas bermain api,
Tidak serikkah sudah lecur separuh hati ?

Mengapa kerap kali membayangkan lelaki ?
Mengapa kerap kali mengharapkan pelukan ?
Mengapa harus mengharapkan belaian dan kusapan ?
Adakah diri ini terlalu kesunyian ?
Atau bisikan syaitan yang sedang bergelora ?

Mengapa mesti mengharapkan lelaki sehebat itu ?
Di dunia ini tiada pahlawan mahupun wira,
Semuanya cuma lelaki biasa,
Yang juga bisa menghampakan dan mengecewakan,
Tiada yang sempurna....

Bagaimana agaknya aku bisa berhenti daripada berkhayal ?
Semua ini cuma akan menjerumuskan aku
ke lubuk kesunyian yang lebih dalam.
Di dunia ini tiada lelaki sehebat itu,
Kenyataannya...
Tiada yang sempurna.
READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin