Aku seolah hendak menangis di hadapannya
seperti ingin mengampu sesuatu
entah apa yang hati ini sedang rahsiakan
aku tak ingin tahu
namun aku tetap bersoal mengenainya
Entah apa yang hati ini hendak suarakan
diam seribu satu madah terbuku
beku di dinding hatiku
aku tetap terus bersoal
dan tidak ingin mendengar jawapannya
Samahu-mahunya mata ini
asyik mengerling ke arahmu
apakah yang mata ini lihat?
dirimu?
atau hatimu?
aku tak ingin mengetahuinya
Terbayangkan wajahmu kelu membisu hatiku
diari hati yang terbuka takkan ku baca
sekilas pandang menyemak
setiap helaiannya engganku dengar bisikannya
kerana aku tak ingin mencari makna.
No comments:
Post a Comment