Aku Cinta Kamu
itu aku tahu
itu adalah rahsiaku
itu adalah kebahagiaanku
biarpun engkau tidak memilih aku
Aku Cinta Kamu
perasaan itu menggetarkan jiwaku
mencipta fantasi di benakku
membuat duniaku indah sentiasa
apalagi tatkala kau ada bersamaku
Aku Cinta Kamu
sakitnya hati ini
terpaksa menagih cinta dalam diam
peritnya hati ini
tatkala mengenangkanmu yang mencintai dia
Aku Cinta Kamu
semakin hari semakin ketat di hatiku
takku mampu menariknya keluar dari jiwaku
kerna sudah sekian lama terpendam
setiap kali inginku luah tidak kesampaian
Aku Cinta Kamu
tidak sedarkah kau tentang itu?
aku cuba untuk menyatakan segalanya
tapi cintamu kepadanya
menghalang aku daraipada mengkhabarkannya
kerna aku tak ingin hubungan baik ini akan merapuh
Aku Cinta Kamu
kegembiraanmu kegembiraanku
kesakitanku usahlah kau tahu
cukup engkau terus ada untukku seketika
sakit itu akan mereda
walaupun hanya untuk seketika.....
INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful
'Shin Woo LOVE Go Mi Nam very much'
No comments:
Post a Comment